jump to navigation

Isu Ahmad : Pak Lah kecewa dan akan ambil tindakan September 9, 2008

Posted by nikmj in Politics, National, news, malaysiakini.
Tags: , , , ,
trackback

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau “sangat tidak gembira” dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail semalam yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini.

Dalam sidang akhbar ringkas di majlis berbuka puasa di Wisma Putra di Putrajaya, Abdullah berkata kenyataan Ahmad itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya sangat tidak gembira dengan situasi ini, Saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini. Semestinya,” katanya, demikian menurut laporan Bernama.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan Ahmad dalam sidang akhbar di bangunan Umno Pulau Pinang semalam yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang di negara ini.

Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika berceramah sewaktu kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata tindakan yang sewajarnya ke atas Ahmad akan diputuskan selepas beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bersemuka dengan Ahmad esok bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.

“Kami akan minta beliau (Ahmad) menjelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku dan tindakan akan diputuskan (selepas itu),” katanya.

Sementara itu Abdullah enggan mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam blognya bahawa peristiwa 13 Mei akan kembali berulang sekiranya peralihan kuasa pucuk pimpinan negara tidak dilakukan dengan segera.

“Tak payahlah cerita pasal blog hari ini,” tegasnya.

Comments»

1. Pak Ulong - September 10, 2008

Pak Lah tak kan tak kenal siapa Ahmad Ismail ni. Orang yang tak pernah medampingi Pak Lah pun. Dia budak Suruhan Anwar Ibrahim.
Dia sukalah kalau UMNO ambil tindakan pada dia , baru lah senang dia masuk KeADILan . Jadi tak nampak sangat lah yang dia tu nak pi kat Anwar. Bolah lah dia kata yang UMNO tak mau dia lagi. Ahmad Ismail semua orang Pulau Pinang kenal dengan dia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: