jump to navigation

Chedet sokong Ku Li tanding Presiden UMNO – Sanusi September 9, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong bekas lawannya Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden Umno, menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata bekas setiausaha agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Perkara yang sama dijuga telah disahkan oleh TS Muhyiddin Yassin. Beliau juga menyatakan yang Chedet akan kembali menjadi ahli UMNO.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa Dr Mahathir telah memutuskan untuk menyokong ahli Parlimen Gua Musang itu yang pernah mencabarnya bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

“Saya boleh mengesahkan bahawa beliau (Dr Mahathir) menyokong Tengku Razaleigh,” kata Sanusi, yang merupakan rakan karib Dr Mahathir.

Bagaimanapun Sanusi enggan mengesahkan sama ada Dr Mahathir yang masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno, akan kembali ke pangkuan parti itu.

Akhbar the Star melaporkan hari ini bahawa mantan perdana menteri itu telah dipujuk supaya kembali semula ke Umno, selepas keluar parti itu tiga bulan lalu.

Dr Mahathir, yang kecewa dengan kepimpinan Abdullah, mahu perubahan dalam pucuk pimpinan Umno, yang menjadi tunggak Barisan Nasional.

The Star juga melaporkan bahawa naib presiden Umno, Tan Dri MuhyiddinYassin adalah antara mereka yang menghadiri pertemuan dengan Dr Mahathir.

Sementara itu, khabar tersebar luas bahawa Tengku Razaleigh mungkin memilin Muhyiddin sebagai regunya untuk jawatan timbalan presiden, menentang regu Abdullah-Najib dalam pemilihan Umno Disember depan.

Comments»

1. Pak Ulong - September 10, 2008

Sepatut bagilah pada muka muka baru untuk menerajui UMNO bukan nya macam Tengku Razaleigh. Zaman dah berubah wahai pemimpin UMNO. Generasi muda dah meluat dengan gaya politik orang lama dalam UMNIO. Takda muka baru ke dalam UMNO la ni maka asyik asyik muka tu juga yang nak jadi ketua. Macam sanusi tu dah tak ada apa lagi jangan lah dok sibuk ambil tau hal politik. Buat lah cara orang dan pencen. Kalau orang macam sanusi ni yang dok cakap pasal UMNO lagi lah orang muda benci pada UMNO. Lama lama UMNO akan jadi satu bahan sejarah hanya kerna orang yang tertemtu punya angkara maka sebuan pertubuhan yang selama ini berjuang untuk orang melayu akan menjadi bahan untuk di kenang saja oleh generasi akan datang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: