jump to navigation

Raja Petra boleh diambil tindakan ISA – Syed Hamid September 6, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran ulasannya yang terdapat di lamanweb itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.
    
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata jika siasatan yang akan dijalankan berikutan laporan polis yang dibuat empat agensi agama, mendapati beliau bersalah, tindakan itu boleh dikenakan terhadapnya.
    
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat hari ini terhadap Raja Petra oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), demikian menurut laporan Bernama.

Dalam ulasan artikel bertajuk `I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim(A), Raja Petra menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam selain membenarkan komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhamamd untuk artikel `Not all Arabs are descendants of the Prophet (B) disiarkan dalam laman web berkenaan. (Artikel (A). RPK started with Anwar statement. Then he eleborates some in detail about Muslim, which I think is TRUE and there’s no doubt about it. Not to forget he did mentioned the good and the bad Muslim. Unless you really a bad Muslim, then no Muslim should be offended by RPK statement. Artikel (B) I can’t find any words insulting Islam here. RPK just telling what Syed Rahman AlHabshi is telling him about Altantuya case details only. Perhaps some VIP names that he mentioned doesn’t like them to be linked with the case I guess. Subjudice he3x)
        
“Tindakan yang dibuat oleh agensi agama itu adalah sejajar dengan undang-undang kerana tindakan dia (Raja Petra) mengeluarkan kata-kata lucah, buruk terhadap Nabi Muhammad adalah bertentangan dengan undang-undang.

“Siasatan dan tindakan yang cepat perlu dibuat supaya dapat menyedarkan dia (Raja Petra) dengan segera dan dia perlu belajar menghormati agama Islam…kerana tidak ada sebarang lesen percuma dalam kebebasan untuk melakukan apa-apa sahaja,” katanya.

Syed Hamid berkata orang bukan Islam pun tidak akan menulis seburuk apa yang Raja Petra tulis.  
     
Walaupun Raja Petra menafikan beliau bukan pemilik laman web itu, Syed Hamid berkata siapa pemiliknya tidak penting tetapi memandangkan Raja Petra sering menjadikan dirinya wakil kepada laman web berkenaan, jadi beliau perlu bertangunggjawab untuk apa jua kandungan yang disiarkan.
    
Syed Hamid juga berkata penubuhan Majlis Media perlu dikaji semula memandangkan tindakan laman web kebelakangan ini seolah-olah meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri.
    
Cadangan penubuhan Majlis Media pernah dikemukakan sebelum ini tetapi dikatakan menerima bantahan daripada para pengamal media.
    
“Penubuhan majlis itu bukan untuk menguasai media tetapi bagaimana untuk mengurus media sekiranya mereka melanggar kebebasan yang diberikan dan saya akan cuba berbincang semula dengan pengamal media bagi mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu,” katanya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: