jump to navigation

Isu disebalik penurunan petrol 15 sen/L September 6, 2008

Posted by nikmj in General, Oil.
Tags: , , ,
trackback

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Harga barangan keperluan semakin meningkat Ramadan ini dan Aidilfitri yang bakal menjelang, sekalipun kerajaan memberi pelbagai insentif melalui Belanjawan 2009. Dilaporkan tepung gandum semakin berkurangan di pasaran. Pemborong dan peniaga didakwa menyekat pengedaran, menunggu saat kenaikan harga bahan itu sebelum kembali melambakkannya di pasaran.

Demikian rakyat semakin menderita sekalipun kerajaan baru-baru ini bertindak menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter.
Penurunan ini yang dilihat sebagai usaha memancing undi pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, hampir tidak membawa erti kepada rakyat kebanyakan, terutama di desa dan pedalaman yang begitu tertekan akibat kenaikan harga barangan keperluan.

Penurunan harga minyak 15 sen seliter selepas kenaikan 78 sen pada awal Jun, tidak membawa kesan kepada penurunan harga barangan. Dilaporkan peniaga tidak berganjak menurunkan harga barangan sebaliknya melonjakkan harganya pada musim perayaan.

Malahan kerajaan sendiri tidak dapat membendung tindakan pengusaha bas menaikkan tambang. Pada musim perayaan Hari Raya ini, surcaj perkhidmatan bas dikenakan sebanyak 30 peratus, menyebabkan tambang semakin mahal yang menyukarkan orang awam.

Demikianlah pemimpin kerajaan hari ini seolah-olah tidak berfikir sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Menaikkan harga minyak ke paras tinggi secara mendadak dan kemudian menurunkannya sedikit, tidak banyak membantu rakyat kerana harga barangan keperluan yang melambung tinggi, sukar  kembali ke paras rendah.

Rancangan membayar gaji kakitangan awam dua kali sebulan juga dibuat hentam keromo dan akhirnya dibatalkan begitu saja. Kebanyakan pendekatan ini dibuat berdasarkan pertimbangan dan kepentingan politik pihak berkenaan dan bukan untuk kesejahteraan rakyat.

Kini rakyat sudah macam cacing kepanasan, menanggung beban yang semakin mencengkam dada bagi menghadapi Ramadan, raya dan persiapan musim persekolahan baru.
 
Sebuah kerajaan yang prihatin sewajarnya membuat kajian terperinci sebelum menaikkan harga minyak dan bukannya membuat langkah susulan seperti pemberian rebet selepas berlaku kenaikan. Kehadiran pemimpin termasuk perdana menteri dan menteri adalah untuk memberi keselesaan kepada rakyat, bukannya menyusahkan mereka.

Timbalan Perdana Menteri dan pak menteri tidak perlu menunggu satu lagi pilihan raya kecil (seperti di Permatang Pauh), untuk ‘duduk-duduk berkain pelekat’ dan ‘menghirup kopi-O’ bersama penduduk desa, kemudian mengumumkan penurunan harga minyak, untuk memahami betapa susahnya penghidupan rakyat.
 
Kita tidak hairan dengan kisah beberapa keluarga miskin yang tiba-tiba mendapat bantuan pantas daripada pemimpin masyarakat menjelang pilihan raya atau hanya selepas kisah penderitaan mereka didedahkan media. Sebelum diberi publisiti, tiada siapa peduli. Soal makan minum anak-anak siapa pun tidak peduli apatah lagi soal persekolahan mereka.

Tetapi untuk mendapat undi dan publisiti ‘kamilah pemimpin penyayang, kami prihatin’, barulah ‘orang besar’ datang berbondong-bondong. Mereka membawa bersama jurugambar, pemberita dan ‘segala macam’ pemimpin untuk menunjukkan merekalah pemurah, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Melalui media massa, digambarkan negara paling makmur, keuntungan Petronas berbilion ringgit, keuntungan TNB berbilion-bilion tetapi semuanya untuk tatapan saja. Jika benar Petronas untung berbilion, duit itu untuk siapa, apakah ia bukan duit rakyat? Jika sudah ‘ditayangkan’ keuntungan itu pada rakyat, kenapa tak beri pada rakyat … kenapa biarkan rakyat hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Menjelang Aidilfitri ini harga barangan keperluan di pasaran sudah melambung tetapi pemimpin masih mendendangkan lagu lama – kenaikan ini tidak membebankan rakyat. Tidak tahulah, rakyat mana yang dimaksudkan tetapi yang jelas rakyat marhaen sudah lama menderita.

Comments»

1. dark7am - September 7, 2008

kerajaan yang budus pastu membuat keputusan budus.. dia tak susah.. rakyat je susah.. bukan dia tau.. dia bukan cam TG Nik Aziz duduk rumah biasa.. Guan Eng pung duduk umah bapak dia… pegi la umah orang miskin makan nasi ngan kicap tiap hari… makan ikan sekor belah 8… makan sup tulang basuh balik makan 2 minggu.. ko pemimpin budus makan semeja utk 12 orang tapi makan berdua sikit je yg lain buang..

2. nurul zakiah - September 8, 2008

bagi saya penurunan 15 sen itu lansung tidak membawa sebarang makna….

pertama kali saya menjejaki pasar ramadhan tahun ini…hati saya lansung tak teringin nak membeli sebabrang juadah pun…saya dan suami hanya beli roti john( panjang) yang dulu harganya 1.50 sekarang berharga 3.00..sebab masa dah suntuk nak berbuka….lepas tu lansung dah tak pi ….

kenaikkan harga minyak menyebabkan peniaga rakus mengambil kesempatan menaikkan harga barang….kuih sebijik 30 sen tapi makin kecil..patutnya sama besar seperti mana ketika jual 20/25 sen dulu…berbelanja di bazar lansung tak BERBALOI…..

saya sanggup masak balik 5.30, terkerjar2 dan penat dari menghabiskan 20 ringgit untuk 2 org di BAZAR….

saya yakin minyak takkan naik semula…sebab kenaikkan sebelum ni bukan sebab masalah bekalan tapi hanya spekulasi keadaan semasa…hadoi bila minyak nak betul2 turun ni….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: