jump to navigation

Khairil Annas nafi arah Ramlang Porigi atur mubahalah Saiful September 5, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Pegawai timbalan perdana menteri hari ini menafikan mengarahkan Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan, mengatur majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 15 Ogos lepas.

Prof Madya Khairil Annas Jusoh berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang, ketika membuat penjelasan di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh, seperti dimuatkan dalam beberapa laporan bulan lepas “adalah tidak benar”.

Pegawai khas Datuk Seri Najib Razak merujuk laporan “Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi” yang diterbitkan oleh Suara Keadilan edisi 27 Ogos lalu, rakaman video temuramah imam muda itu dengan Suara Keadilan Online (25 Ogos) dan artikel “Siapa malu besar di Permatang Pauh” (mingguan Siasah edisi 31 Ogos).

ramlang permatang pauh ceramah 250808 02Khairil Annas menuntut Ramlang (foto, kanan), yang masih bercuti hingga esok, membersihkan namanya dan menuntut dua akhbar itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik laporan dan memperbetulkan semula kenyataan tersebut, laporBernama.

“Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar itu diterbitkan di halaman utama kedua-dua penerbitan itu. 

“Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut,” beliau dilaporkan berkata dalam kenyataan.

“Kenyataan Ramlang melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab. 

“Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiaya saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam.”

Pegawai khas Najib itu berkata dua penerbitan itu tidak pernah berusaha mendapatkan komen daripadanya mengenai dakwaan Ramlang itu sebelum menerbitkan laporan masing-masing.

“Perkara yang tidak benar ini nyatanya telah mengelirukan masyarakat dan memberikan kesan negatif ke atas reputasi saya,” kata Khairil Annas.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Menurut agensi berita itu lagi, beliau turut menegaskan tidak pernah mengenali Ramlang (foto, kiri), dan “tidak pernah pada bila-bila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau.”

“Oleh itu, tuduhan Ramlang yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan,” kata Khairil Annas.

Beliau dilaporkan menambah, pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.

Ramlang antara saksi pada majlis sumpah Mohd Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon parti itu dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen itu 26 Ogos lepas.

Dua hari sebelum pengundian, Ramlang berdiri atas pentasPakatan Rakyat bagi menjelaskan beliau tidak terlibat mengatur majlis sumpah laknat itu dan hadir selepas diarah “orang atasannya.” 

Beliau turut mendakwa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful itu tidak sah.

Comments»

1. dark7am - September 7, 2008

dengar kata saifool sembelih kambing batal sumpah.. betul ker?

2. Baby_hany86 - September 7, 2008

entah la…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: