jump to navigation

Mazlan buat laporan ke2 dakwa Pak Lah dan Najib rasuah September 4, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Bekas exco Pemuda Umno, Datuk  Mazlan Harun membuat laporan kedua kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah membabitkan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau membuat laporan tersebut kepada pegawai BPR Kuala Lumpur selama kira-kira 1 jam 30 minit, mulai jam 9.30 pagi tadi.

mazlan harun lodge aca report 040908Mazlan ditemani ketua Umno cawangan Bandar Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah.  

Beliau juga menyerahkan gambar menunjukkan Abdullah berucap di satu majlis anjuran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 10 Julai lalu.

Ucapan itu dibuat di depan ketua bahagian, cawangan dan tiga sayap Umno dari seluruh negara di ibu pejabat parti itu.

Di majlis tersebut, Abdullah menyatakan kesediaannya menyerahkan tugasnya kepada Najib pada pertengahan 2010.

“Saya juga memberikan dokumen berupa surat yang ditulis ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Abu Zahar Hashim kepada setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mazlan berkata, BPR perlu menyiasat laporan tersebut kerana ia merupakan satu kes yang serius.

Katanya, beliau telah diberitahu oleh pegawai BPR bahawa laporan awalnya kini berada dalam perhatian orang atas BPR.

Sebulan lalu, Mazlan juga telah membuat laporan kes tersebut di pejabat BPR Kuala Lumpur.

Ditanya langkah seterusnya, jika tiada sebarang tindakan diambil terhadap laporan keduanya, Mazlan berkata: “Kita tengok dulu.”

Dalam suratnya, Zahar berkata, tawaran jawatan Abdullah kepada timbalannya dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang, merupakan sejenis “rasuah politik peringkat tertinggi.”

“Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga,” kata Zahar dalam suratnya itu.

Terdahulu dari pertemuan itu, kata Zahar lagi, Abdullah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.

“Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.

“Isu ini telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno,” katanya dalam surat tersebut.

Klik pautan ini untuk melihat laporan pertama Mazlan kepada BPR

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: