jump to navigation

Ketua UMNO tidak akan mohon maaf kata orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu September 4, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak akan memohon maaf walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat demikian.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

ahmad ismail umno bukit benderaIni merupakan reaksi pertamanya sejak tercetusnya kontroversi itu minggu lalu, ekoran ceramahnya sewaktu pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh yang didakwa telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.

Beliau didakwa berkata orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.  Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Menurut Ahmad, beliau tidak berkata atau melakukan sebarang kesalahan, dan oleh itu, tiada sebab baginya untuk memohon maaf.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di bangunan Umno Pulau Pinang Sabtu ini berhubung isu tersebut.

Sidang akhbar itu akan diadakan selepas mesyuarat badan perhubungan Umno negeri yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sambil menafikan bahawa kenyataannya itu berbaur perkauman, Ahmad berkata, beliau berkawan dengan orang Cina dan India sejak kecil lagi.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak pernah dan tidak akan menjadi seorang yang bersifat perkauman.

Ahmad turut mengecam laporan media yang menuduh beliau mengelak daripada bertemu dengan wartawan dan jurugambar yang menunggunya di luar balai polis Seberang Perai Pusat di Bandar Baru Perda sejak dua hari lalu.

“Saya tidak minta mereka tunggu. Jadi mengapa mereka tuduh saya lari dari mereka?” soalnya.

Ahmad telah memberi kenyataan di balai polis negeri di Georgetown malam tadi, ekoran beberapa laporan yang telah dibuat terhadapnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(B) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara minimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Berita asal

Comments»

1. nurul zakiah - September 5, 2008

Nilah pemikiran org melayu yang nak hancurkan perpaduan antara kaum…sebagai individu yang diangkat menjadi pemimpin untuk rakyat yang berbilang kaum, tak wajar timbul isu ini..

Arwah ayah saya cina..tapi dia juga sama patriotik dan mencintai malaysia…bukan kehendak cina dan india untuk diorang datang disini…tapi di paksa dan dibawa semasa penjajahan dulu…kalau kata mereka pendatang ini sudah melampau…

Sebenarnya kenapa CINA bangkit dan MAJU…?Sebab isu kouta dan tidak diberi hak sama rata…mereka tidak punya keistimewaan tapi Melayu masih mimpi dengan faedah yang dibagi..patutnya dengan semua keistimewaan yang diberi orng BUMIPUTERA khususnya MELAYU patut lebih maju….Ingat tak DULU Tun pernah cakap apa…ISU MELAYU dan MELAYU mudah Lupa…Nilah MElayu

senario yang saya lihat sepanjang ayah saya berniaga dulu..masa ayah saya berniaga dengan org melayu org melayu siap hantar sihir nak jatuhkan…kedai memang tak jalan.siap leh berak lam kedai lagi…Tapi masa bukak kedai sebelah kedai cina walaupun tau ayah islam, cina tu dan ayah siap pakat2(tolak ansur) dan bincang mana satu aku nak jual..kalau tok(nenek) datang langkawi ayah letak kuih tepung talam yang tok buat kat kedai cina tu, walaupun laku kuih dia tak laku cina tu senang hati ja…takda nak sabotaj apa2..kalau org melayu datang was2 sebab tgk ayah ni cina islam ke tidak kawan dia yang cina tu siap promot lagi…..

Ptutnya minda kita lebih terbuka sebagai islam..jangan hanya pada nama saja…Islam pun tak suruh kita mencaci org kafir yang tak menzalimi..patutnya sebagai ISLAM tunjukkan akhlak yang paling baik dan manis….BAIK yang kita bagi BAIK juga lah yang KITA dapat..

Hakikatnya rakyat Malaysia, Baik MELAYU CINA INDIA dan lain2 perlu hidup tanpa sentimen perkauman dan isu hak. ISU KETUANAN MELAYU patut dilupakan…ADA APA dengan MELAYU???? Sebab isu2 beginilah yang menyebabkan CINA lebih bangkit dan MELAYU makin perasan TUAN tapi hakikatnya Sapa yang monopoli Ekonomi dan kita jadi kuli pada siapa….bukan salah sapa2 tapi sebab meraka kuat berusaha….

Teringat kata2 WAHID SENARIO lam Malaysia HARI iNI pagi tadi.. KEHEBATAN SEBUAH BANGSA BUKANLAH TERLETAK PADA BANGSA ITU SENDIRI TAPI KEHEBATAN BANGSA ITU ADALAH HEBATNYA AGAMANYA” so it is pointless kalau kita bangkit isu yang berunsurkan perkauman…

kenapa CINA leh kaya dan menguasai TANAh…Contoh di johor…KUBUR CINA tu dulu melayu punya tapi nak duit, jual tanah kat cina…Ni baru satu contoh…Habis tu nak kata apa….
Lagi satu sapa suruh buka lesen disko judi dan arak banyak2…yang jadi toke CINA tapi yang ramai dok pi buat dosa orang MELAYU jugak…So nak salah sapa?

percayalah kalau diberi pilihan CINA dan INDIA lansung tak mau balik tempat asal mereka…Disini lebih baik…SAPA nak dok kat india yang DHAIF..sapa nak balik dok cina negara KOMUNIS…Kalau nak hantar diorang balik pun negara diorang pun taknak terima….Depa pun nak dok kat malaysia aman damai…tapi asik dok timbulkan isu ketuanan melayu sangat depa pun rasa tergugat….

MINDA RAKYAT malaysia kena ubah….MELAYU CINA INDIA bukan isu tapi KETINGGIAN MARTABAT DIRI dan bangsa akan terangkat dengan sendirinya jika kita semua berpegang pada agama..

dan begitulah minda orang cina seadanya….

2. bakers - September 6, 2008

Saya setuju Ahmad pertahankan fakta. Sejarah tertulis cina mendatang keTanah Melayu yg dibawa oleh British…apa kah ini salah.???Ahamd pemimpin melayu moden menyedarkan sejarah untuk diingatkan kepada warganegara..apakah ini salah??? semua negara ada sejarah keujudan penduduknya…maka kita orang cina perlulah menyokong apa yang diperkatakannya…

3. Pak Ulong - September 6, 2008

Siapakah Ahmad Ismail yang kita dok hebohkan sangat la ni. Kami orang melayu Pulau Pinang dah mauk dengan sikap dan perangai pemimpin ini. Tak ada satu benda yang beliau telah beri kan pada bangsanya sendiri selaku ketua UMNO bahagian atau semasa sebagai Ahli Dewan Negara waima sebagai Ahli Majlis MPPP. Habis penempatan orang melayu sekitar Jalan Tanjung Tokong hingga ke Batu Ferringgi dibangun kan untuk Kondominum mewah yang rata rata dimiliki oleh orang cina. Tiada satu pun perumahan kos murah yang didirikan untuk orang melayu. Jadi kenapa orang sebegini yang harus diberi layanan semacam dia adalah hero untuk orang melayu dengan hanya mengatakan orang cina sebagai pendatang. Kaji dan tanya orang Pulau Pinang Siapa kah Dato Ahmad Ismail yang sebenarnya.

4. AI - September 7, 2008

saya sokong dan setuju dengan Ahmad. MEMANG BENAR orang cina dan india adalah pendatang. ini adalah FAKTA. mereka ada negara mereka sendiri. orang Melayu, ini sahajalah tempat untuk berkuasa dan memerintah. mana ada tempat lain lagi.
jangan kata orang Melayu yang asyik bangkitkan isu sahaja. macam mana pula dgan isu forum majlis peguam. terang-terang hina Islam dan Melayu. orang Melayu langsung tak usik mereka. isu bantahan bina surau, isu nak hapuskan azan, isu bantahan tulisan jawi di papan tanda dan banyak lagi. tak perlulah nak menyokong bangsa lain membabi-buta sehingga sanggup berpecah-belah sesama sendiri.
Sokongan buat Ahmad yang enggan mohon maaf. Saya nak tanya, ada tak namewee yang buat video klip hina Islam, hina negara dan hina Melayu, mohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu? Ada tak orang hindraf yang menghina bangsa Melayu di luar negara memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu? Ada tak orang cina yang mengatakan bangsa Melayu adalah pendatang satu ketika dulu walhal fakta menafikannya, memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu? TIDAK, mereka TIDAK MEMOHON MAAF. asyik guna alasan hak kebebasan bersuara. Jadi pada saya, Ahmad tak perlu mohon maaf. ini adalah hak kebebasan bersuara untuknya sebagaimana yang diperjuangkan oleh bangsa lain. kenapa pula kita tak boleh menggunakan hak ini sedangkan bangsa lain boleh?

5. Kamarul - September 16, 2008

kenapa kita orang melayu perlu minta maaf? Baru je sebut perkataan pendatang, bangsa cina yang tak sedar di untung ni melompat kemarahan. Cuba ingat sewaktu seorang pelajar cina di Taiwan dari malaysia yang menghina Islam dan melayu suatu ketika dulu…Ada pemimpin cina tampil memohon maaf? Bangsa cina dah diberi banyak keistimewaan atau kelonggaran..dari segi berniaga, pelajaran mahupun politik..mana ayat terima kasih yang sepatutnya dilemparkan kepada kerajaan yang bermajoritikan melayu?

Kita orang melayu yang khususnya selalu ditindas oleh cina-cina yang rakus. Cuba ingat, jikalau terjadi perkara buruk kepada orang melayu, isu politik hendaklan diketepikan dan kita MELAYU adalah TUAN KEPADA TANAH MELAYU.

6. sonixz - September 20, 2008

mungkin ahmad bukan pemimpin yg elok…jd kita sebagai rakyat yg harus memperbetulkannya…tp apa yg beliau cakap itu memang betul ia berdasarkan fakta sejarah…tiada siapa yg mampu mengubahnya…

7. melayu - October 16, 2008

skrg ni gerakan kata melayu juga pendatang
ko tk nak cakap perkauman jugak ke kat depa?kutuk kaum sendiri ko berani la

8. anon - December 24, 2008

Ayah bapa Badawi dari Arab Saudi.
Ayah emak Badawi dari Cina.

Bukankah Badawi pendatang juga? Mengapakah dia boleh jadi pemimpin UMNO?

Ada ramai “pendatang” cina and india di Malaysia yang ada nenek dan datuknya lahir di tanah melayu.

Ada ramai juga yang datang dari Indonesia dan selepas sekejap sahaja boleh dapat IC biru, dan hak “bumiputera”.

Kalau macam ini, siapa sebenarnya pendatang?

Datuk and nenek kau dari man? Bapa dan emak mereka dari mana?

Mungkin kau juga pendatang.

9. nikmj - December 26, 2008

semua kat malaysia ni pendatang… apa ko ingat sbb kt IC ko tu melayu… jadi malaysia ni ko punya? pi ra…

cuba ingat sikit… kalau kau tu benar-benar islam, cuba selidik, nabi adam diturunkan kat mana?

ada ke wujud perkataan melayu dalam quran dan hadis?

ko pikirlah sendiri…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: