jump to navigation

Lompat Parti : Tidak mustahil menjadi realiti – Penganalisis politik September 2, 2008

Posted by nikmj in mstar, news.
Tags: , , ,
trackback

Rata-rata penganalisis politik yang dihubungi beranggapan tidak mustahil untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membentuk kerajaan Persekutuan yang baru menjelang 16 September ini.

Menurut pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein dalam politik tidak ada apa yang mustahil.

Ketika ditanya adakah beliau yakin dengan usaha Anwar itu, beliau berkata:

“Tiada istilah mustahil dalam politik. Mungkin juga apa yang diperkatakan Anwar itu menjadi kenyataan. Namun semuanya bergantung kepada keadaan politik semasa.”

Jelasnya, perkara lompat parti itu mungkin mampun menjadi kenyataan kerana ahli politik adalah manusia dan mereka mempunyai pilihan untuk mencari yang terbaik.

“Kita kena ingat ahli politik ini manusia bukannya benda yang tidak punya keinginan untuk mendapat perkara yang terbaik,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Sementara itu, menurut pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk perkara tersebut tidak mustahil untuk berlaku walaupun beliau ragu-ragu mengenai kemungkinannya.

“Ia tidak mustahil… mungkin faktor masa akan menentukan sama ada ia benar-benar terjadi atau tidak,” katanya.

Menurut beliau, isu lompat parti ini bergantung kepada keadaan politik semasa dan jika benar ia terjadi rakyat perlu bersedia meneriman perubahan.

“Mungkin Barisan Nasional hanya akan menjadi sejarah dan kita akan dipimpin oleh Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Nizammudin Sulaiman berkata sukar untuk menjangkakan perkara tersebut akan berlaku.

“Agak sukar untuk menjangkakannya sekarang, tapi ia tidak mustahil untuk berlaku. Politik bersifat relatif dan ia bergantung kepada keadaan semasa,” katanya.

Jelasnya, isu-isu rakyat terutamanya masalah kenaikan harga minyak, inflasi dan ketidakstabilan politik mendorong isu lompat parti ini terjadi.

Comments»

1. bayu girl - September 2, 2008

apa nak jadi dengan malaysia?kemerdekaan yang dijulang kerana hasil perpaduan tokoh negara kita tanpa mengira kaum,agama dan bangsa.malaysia yang dikagumi di mata dunia kerana keamanan yang terus gagah walaupun terdiri daripada masyarakat yang berbilang majmuk.Tetapi kami sebagai anak muda yang yang sedang tumbuh bertunas ini merasa kecewa dengan keadaan malaysia kini yang semakin hari semakin tercalar maruah kewarnegaraan kita sebagai bangsa malaysia yang pernah disanjung oleh dunia luar.maruah negara seperti suatu game yang boleh dilambung dan dipijak.dimanakah intergriti sebagai pemimpin yang mampu memertabatkan maruah negara dan bangsa?kami sebagai pelapis wawasan negara berasa kecewa dengan sistem dibawah pemerintahan kerajaan yang ada sekarang.

2. bayu girl - September 2, 2008

sesuai dengan tema kemerdekaan ke 51 tahun ini iaitu’perpaduan teras kejayaan’apakah trilogi makna tema tersebut.dalam keadaan situasi negara yang kacau kerana pengaruh politik,sistem negara yang ketara ‘racis’,sistem kehakiman yang boleh dibeli dengan wang ringgit,pemimpin yang saling berperang dengan lidah dan tidak kurang dengan menggunakan mata pena,sistem perlembagaan yang sering dipinda seolah-olah mainan,hak asasi manusia yang tercabul,sistem demokratik yang membelakangkan kepentingan rakyat,memanipulasikan kebenaran,amanah yang diberi oleh rayat dijadikan batu lompatan untuk menggapai kepentingan diri,sistem pelajaran yang tidak adil,pengisian jawatan kerajaan yang memandang agama dan bangsa,projek-projek gergasi kerajaan yang hanya memberi kepentingan kepada kroni-kroni,keadaan ekonomi yang tidak ada pertumbuhan positif,inflasi meningkat,kos sara hidup tidak tertanggung dan banyak lagi kelemahan yang ketara disaksikan rakyat malaysia dan juga dunia luar.dimana kesilapan ini?mengapa pemimpin hanya membisu pada perkara yang rakyat perlukan penjelasan?tahun ini genap 51 tahun malaysia di bawah pimpinan kerajaan BN tapi sedih,so far tiada perkara yang membuat rakyat terbela.Jadi kami rasa,malaysia perlukan perubahan bukan saja pada cabang pemerintahan tapi keseluruhan akar umbi perlu diperbaharui.’REFORMASI’RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN BUKAN KEPINCANGAN


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: