jump to navigation

Komen Chedet pasal kes liwat Anwar July 4, 2008

Posted by nikmj in National, news, Politics.
Tags:
trackback
Saya tidak hendak komen berkenaan dengan kes liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang baru kerana saya ingin lihat samada taktik Anwar kali ini sama dengan dahulu – iaitu menuduh ada konspirasi (pakatan) untuk menghalang perjuangan politiknya.  

Tetapi oleh kerana ramai yang meminta komen saya dalam blog maka saya akan beri pandangan awal saya.

Saya terkejut dengan orang yang pertama menyuarakan pandangan yang tak masuk akal berkenaan dengan kes liwat yang baru ini. Kononnya Anwar sengaja menyuruh Saiful buat laporan dia diliwat oleh bossnya supaya Anwar boleh cari perlindungan daripada percubaan membunuhnya. Dengan itu kononnya orang ramai akan bersimpati dengannya.

 

Jelas yang budak yang di suruh oleh bapa mertuanya hantar passport kepada Anwar, yang amat gembira dengan pembebasan Anwar dan dipercayai terlibat dengan usaha membebaskan Anwar, masih kuat kepercayaannya kepada Anwar dan mencuba menolak tuduhan terhadapnya. 

 

*****
Masih ramai yang percaya bahawa Mahkamah Rayuan (Appeals Court) terakhir telah menolak tuduhan bahawa Anwar telah liwat Azizan dan dengan kerana itu mendapati Anwar tidak bersalah dan boleh dibebaskan. 

Saya ingin perturunkan disini keputusan dua daripada tiga hakim yang mendengar rayuan Anwar. “Tun Jebat” pada 1hb Julai telah catatkan keputusan ini juga. Keputusan ini berbunyi;

“Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt”.

Yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah.

Selok-belok undang-undang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Yang mereka tahu ialah hakim-hakim ini berkata dengan terang dan jelas bahawa mereka mendapati bukti yang jelas yang mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma) terlibat dengan kegiatan homoseks dan hakim-hakim ini lebih mirip untuk percaya bahawa apa yang didakwa berlaku di Tivoli Villa memang berlaku.

Hakim yang ketiga dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar dan Sukma memberi alasan yang panjang dan penuh dengan rujukan kepada asas-asas perundangan dan kes-kes yang lain kenapa dia percaya hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan adalah betul iaitu Anwar memang meliwat Azizan.

Malangnya penghakiman yang bernas ini tidak dilapor dengan jelas oleh media seperti laporan berkenaan asas-asas penghakiman dua hakim tadi.

Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya.

Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.

Sekarang kita dengar sekali lagi kes liwat oleh Anwar. Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum. Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia. Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula berkata yang dianya tidak percaya kepada sistem pengadilan di Malaysia.

Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah. 

Comments»

1. nikmj - August 22, 2009

How about this chedet?

2. gong - November 20, 2009

Budaya memfitnah semakin berleluasa. Apa nak jadi tak tau lah.

3. zek - November 22, 2009

Anwar dah memang takut rahsia terbongkar

4. voice of future - February 3, 2010

berani kalo benar..kalo anwar berada di pihak benar, apsal tkt sgt untuk masuk court. apsal asyik nk buat rayuan dan penangguhan jer…tp alih2, arini punya berita, anwar ckp dia dh xsbr nk msk court coz dh lama sgt tertangguh disebabkan pihak pendakwa xckp bukti!aikkkk???mcm ni punye orgpun ada ke????cmni ke bakal PM Malaysia?????

5. yazeeed - February 4, 2010

kalau org dah biasa main belakang…sampai bile pun tetap cari juga tang belakang tu..dulu dia lepas kerana hakim nya pandai cakap bahasa undang2..sepatutnya dia bertobat.dia ingat org malaysia tetap percaya kewarakan nya..moga2 tuhan akan menunjukkan siapa yang benar..kalo betul2 tak buat napa takut bersumpah junjung quran??? atau napa asyik2 minta tangguh..come on man..kalo u di pihak benar…buat apa suruh peguam nya minta d tangguh lagi??? keadilan tuk rakyat malaysia atau dirinya saja??? org sabah tak kasi can dia dtg sini… saya dengar dia kena baling telur sewaktu dia dtg kk 2 bulan lalu..

6. adi - February 5, 2010

Dulu DR M cakap anuar tu x salah DR M cakap dia ambil anuar masuk dalam lokap CD yang dia cakap tu masih ada pada saya,tapi hari ni cakap lain pula hai da nyanyuk ke orang tua ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

7. adi - February 6, 2010

ni lagi satu yang najib tu dan dia punya bini terlalu banyak pertunjuk yang dia tu membunuh tapi di ketepikan oleh polis dan mahkamah tetapi kalau anuar wau pulun sangat nak tangkap dia,sekarang ni orang da cerdik la kawan dan kalau nak kes anuar tu adil mahkamah patuk benarkan peguan bela dapatkan semua maklumat dari DR yang dikatakan oleh budak tu di liwat???? serta najib dan bini dia patuk dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan.jadi ko orang ada otak jadi LUUUU PIKIR LE SENDIRIIII. BEB.

8. confuse - February 7, 2010

klu btul la die suka main blakang, xkn isteri die x tahu2 sikap suami die. xkn isteri die kuat mempertahankan die?? cuba la pikir..
then pasal wan azizah x caye mahkamah sebab dlu makamah ckp lain, skg bebas plak. tu yg die x caye.
then cuba cari surat khabar utama malaysia yang burukkan BN, sume sokong BN. Ble caye ke klu saudara ckp surat khabar x laporkan dgn jelas??
then klu sah2 hakim dah ckp diorg bersalah, mane ade selok belok yg nafikan lagi. jgn la wat org pening!
then bkn ke tangguh tu untuk mendengar keputusan makamah rayuan dlu??
sy pun ikuti kes terbaru ni, bnyk yg ble argue kenyataan saiful,
ble x org tlg bgthu saya, mane handphone die mse tu, dlm blik air xle msj org k?then ade ke statement yg ckp anwar suh die cpt2 kluar.bkn ke die ade bnyk mse dlm blik air tu??
sy pun confuse bila dengar kes ni.tolong la sesiapa btulkan saya klu sy slh beri statement..kebelakangan ni bnyk perkara yg dibuat perdana menteri kita sgt baik pada rakyat. dan sy sokong usaha tu..dan bnyk lg usaha sy tgk skg bnyk perkara2 dibuat yg dpt membantu rakyat. sy xnk la disebabkan perkara2 mcm ni, seluruh jentera kerajaan dipersalahkan..time kasih..

9. Faridah - February 10, 2010

si yazeed dgn bapak2 konspirasi sama kepala…. belum mahkamah putuskan apa2, dia orang yg beri keputusan. che det tu pun cakap putar belit… yelah, dia mengaku masukkan DSAI dlm lokap, sekaligus tunjuk sikap polis2 kita & sistem kehakiman kita…kan dia arah DSAI ditangkap pasal apa??? bukan pasal liwat ke??? Apapun, belum terbukti tuduhan liwat ke korupsi, dah tangkap orang, belasah orang, macam bukti direka…. buat malu kat dunia luar sana! Ingat orang bodoh sangat tak boleh fikir ke???
Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia boleh kata “THE MALAYSIANGOVERNMENT’S RECORD provides little basis to believe this is anything other than a partisan political attack on Anwar”.

Tak payahlah dok sibuk2 nak woo pelabur asing masuk M’sia; k’jaan sendiri yg dok rosakkan imej dan kredibiliti mereka. Memalukan & memualkan!!!

10. shane - March 30, 2010

takkk…sy ttp skg anwar!!

11. >>> - May 12, 2010

kalau anwar nak liwat aku. aku tendang la dia.
dia umur dah tua dah
bodohlah saiful tu.

12. yaz - May 15, 2010

memang dah tua beb tapi saiful pun bloodiful mau duit bah
gaji nya di bayar dollar beb

13. Hidayah - June 1, 2010

Salam sume. Fitnah mmg bleluasa d akhir zmn neh. Kalo ikut hukum syariah, ptuduhn saiful mmg xsah krn xckup saksi 4 org. Ingat leh ssuka ati ke tduh org. Pelik. Kasanova politik rahim tamby chik n da geng yg terang lg bsuluh bawa betina2 guna laluan vip subang tika dulu xpula kna tangkap n blasah? Dh terang2 rosakkn anak dara org. Politik beb. Dunia neh mmg xda k’adiln hakiki. Tgu kat akhirat nnt. Chedet gue xhairan. Kalo dia sanggup hina nabi saw, apatah lg dsai yg hya manusia biasa tuh. Chedet neh mana ingat sgt akhirat neh wlupun jantung dia dh kna pintas 2kali. Kalo ikut logik pun, manalh larat dsai yg dh tua n ada mslh tulang blakang tu nak mliwat saiful yg muda n kuat tu. Nak lumpuh ke apa. 3 org doktor pun dh myesah2kn xda tanda2 kcederan/dliwat d ‘anu’ blakang saiful tu. Air mani pun xda. Btaubatlh. Brapa sgt la duit ‘mrk’ bg bbdg blsn Allah d akhirat nnt?

14. Pencinta Malaysia - May 20, 2011

tang sini salah, tang sana pun salah…. apa-apapun, biarlah aku tak undi BN, Yang penting jangan sesekali undi pembangkang… serammm tau, DAP nampak sangat ‘garang’ dia, PKR nampak sangat tak adilnya, PAS pula… eh, takut plak aku nak subahat tu… (Adeke patut bleh cakap Pangkah PAS masuk Syurga….) tang BN plak… Aku lagi tak caya ngan suara lantang KJ tu….. serammmm….

nikmj - May 21, 2011

then DIAM, kerana anda tidak layak mengundi, terima seadanya


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Recent Comments

    Saripah@LipohUmpin on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    photoshop cc 2015 up… on Saya masih menyanyangi Abby se…
    ihsanhusainy on Bukti Hikmah Solat secara sain…
    10 Most Disheartenin… on Ketua UMNO tidak akan mohon ma…
    ramalau ntlatleng on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    minayk hitam on Perbezaan petrol RON91, RON92,…
    namsan tower on Gambar Manohara Odelia Pinot p…
    best DWAI Colorado on Who is Manohara Odelia Pinot?…
    Yasmin on Minyak Sapi Ghee ada lemak…
    Neinstein and Associ… on PRU 13–Husam cabar Chede…
    gary neinstein assoc… on PRU 13–Husam cabar Chede…
    http://vimeo.com/956… on PRU 13–Husam cabar Chede…
    manfaat susu herbali… on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
    syafiza idrus on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    nuraini ayu lestari on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: