jump to navigation

Tanpa UMNO -> Melayu lebih kukuh, Malaysia lebih maju July 19, 2010

Posted by nikmj in General, harakahdaily, islam, National, news.
Tags: ,
1 comment so far

Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

“Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.

“Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Hadir sama ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, orang Melayu tidak perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu lebih terbela tanpa Umno.

Umno, katanya sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis kepentingan Melayu bukan membela Melayu.

Salahudin pula memberitahu, PAS tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk menghantar mana-mana pihak atas tujuan menjalin kerjasama politik dengan Umno.

“Kita dah tutup buku kerjasama dengan Umno.

“Dakwaan (kerjasama) itu satu ftnah, mereka cuba menghakiskan kepercayaan penyokong dan ahli PAS terhadap pemimpin PAS,” katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Katanya, PAS sudah memutuskan akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan isu kerjasama dengan Umno tidak berbangkit.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan wujud perbezaan pandangan antara Muhyidin dengan Najib berhubung isu kerjasama ini, Mahfuz berkata Muhyidin seperti mempunyai agenda dalaman menjatuhkan Presidennya.

Muhyidin jelasnya sedang berusaha meyakinkan pemimpin dan ahli Umno lain bahawa Najiblah punca kuasa politik Melayu yang diperjuang parti itu terhakis.

“Muhyidin sedang bina imej untuk jadi hero Melayu dalam Umno.

“Dia sedang mengambil kesempatan mengajak pemimpin Umno lain tikam Najib daripada belakang,” katanya. (Harakahdaily)

  • Recent Comments

    ringomalaysia on Debat UMNO (mykmu) dan PAS…
    nikmj on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Mengapa Perlu APCO ?… on Kenali siapa dan apakah A…
    layuyu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on Gangguan air bermula malam ini…
    nikmj on PIC Pengerang meletup
    nikmj on Fasha Sanda kawin Aidil
    nikmj on Thamrin belasah TMJ
    nikmj on Live kes SRC Najib
    nikmj on Live kes SRC Najib
    Jack on Falsafah Perniagaan Kaum …
    Jim on Falsafah Perniagaan Kaum …
    brawl stars advanced… on World Cup 2014 Live, Goals…
    Amy on Isu khalwat Norman Hakim dan M…
  • Skype

    My status

    How are you doing today?
    Directory of Personal Blogs

    All Malaysian Bloggers Project

    BlogMalaysia.com

  • Amazon