jump to navigation

Siapa hero Malaya sebenar? September 7, 2011

Posted by nikmj in General.
trackback

Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak.

Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British?

Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?

Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.

Sekali lagi kita tegaskan bahawa apa yang Mohamad Sabu maksudkan bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.

Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby, adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?Adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero?

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang Sarawak yang menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir DuncanStewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.

Beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut atas permintaan ibu beliau yang diugut akan ditembak.

Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut? Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan.

Kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati.

Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero.

PAS juga minta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.

PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutar belitkan kenyataan Mat Sabu kononnya PAS menyokong komunis.

Penulis merupakan timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak dan yang dipertua PAS Miri.

Advertisement

Comments»

1. Roslee - September 11, 2011

Mulut Mat Sabu ni celupar sangat,kalau ia pun mahu dapat pengundi cina di pru 13 dan anjing DAP janganlah mengeluarkan kenyataan yang komunis adalah wira.Masa peristiwa di Bukit Kepong,yang dibunuhkan Melayu islam,cina dan lain2.Jangan suka kaitkan dengan UMNO dan BN.Buta ke Mat Sabu ni,islamkan mengajar kalau tak faham dan mengerti diam aje.Bodoh tak habis2


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Spam Blocked

  • Recent Comments

    nur-ida on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
    nazri on Bahaya gula
    gpmg on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    gpmg on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    gpmg on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    gpmg on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    budakSPM2011 on Bukti Fakta Kelemahan PPSMI…
    gtfdgf on Kenapa babi haram dimakan oleh…
    micie on Kisah Ku Yie janda si Naj…
    nazgul on Atasan UMNO punca Melayu …
    TheRenovater on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    sushant on Penjelasan Memey Suhaiza isu k…
    lee on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Roslee on Siapa hero Malaya sebenar…
    Cedrick Weinstock on Altantuya Case : RPK Statutory…
  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.