jump to navigation

Minyak Sapi Ghee ada lemak babi June 17, 2010

Posted by nikmj in General.
Tags:
trackback

Sila berhati-hati apabila memilih minyak sapi untuk masakan anda. Terkini difacebook ada terdapat sepucuk surat mengatakan minyak sapi berjenama GHEE yang popular ada menggunakan lemak babi. Berikut adalah salinan surat itu.

2 April 2010… See More
Attention: Ms. Tan Poh Hong
CEO
Agri-Food & Veterinary Authority
5, Maxwell Road
Tower Block, MND Complex
Singapore 069110

Dear Madam

We wish to inform your goodself that for years, our consumer group as many other faithful consumers have been using “QQB” Ghee for various delicacies and religious functions without doubt, with full confidence that the said product is manufactured from the milk of dairy cows by its highly reputable manufacturer based in Queensland, Australia.

However, lately, we found that although the colour and aroma had now varied much, the taste seemed to be somewhat different. Therefore, we investigated this matter and concluded the following matters:

· Its manufacturer Butter Producers’ Co-operative Federation Ltd (BPCF) addressed as No. 489, Kingsford Smith Drive, Hamilton, Brisbane, Australia had ceased operations in September 2006 and was no longer listed in the website of Australian trade authority being http://www.austrade/ .gov.au/. In fact the satellite picture as the website http://maps/. google.com shows that the following site is vacant land.

Printed on the tin is that the said product is manufactured from milkfat of dairy cows of Australia and in even smaller and rather unclear script, it is mentioned that its manufacturer is Q.B.I. Packaging Sdn Bhd, No. 19, Lorong Keluli 1C, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 41050 Shah Alam, Selangor DE., Malaysia and that the said product is manufactured under license from QBB (Pte.) Ltd., Singapore.

· QBB Pte Ltd.., Singapore was originally the sole agent for “QBB” Ghee for Malaysia, Singapore and Brunei and it is not clear whether at the time when BPCF ceased operations in 2006, the “QBB” trademark rights were transferred from BPCF to QBB Ptd Ltd., Singapore. We suspect that Q.B.I. Packaging Sdn Bhd and QBB Ptd Ltd., Singapore are together carrying an act of piracy i.e. producing and selling a product whose legitimate manufacturing and sales rights were not transferred to them by its original manufacturer BPCF who was since wound up.

· The report of an analysis conducted by a reputable food technology laboratory in Australia on the contents of a 2-lb tin of this product, where the said tin was taken from Malaysia to Australia by one of our group members, mentions the following:-
“This product constitutes of decolorized and deodorized lard (pig fat) in semi-solid state with permitted additives giving the product color, flavor and aroma similar to that of pure ghee color, flavor and aroma.” (Original report is with the sender of this letter).

Therefore, our consumer group had to boycott the use of this product as:-

a) Our muslim members cannot use this product as it is haram by religion
b) Our Hindu and Sikh members cannot use this product for burning of ghee lamps, religious functions or for preparing sweetmeats as places of worship which forbid the use of any animal oil/animal fat.
c) Our vegetarian friends who only consume vegetarian diet cannot consume the said product.

We believe that the “QBB Ghee” sold in Malaysia, Singapore and Brunei ever since BPCF closed down, is a product which is violating the related laws on the principle of “misrepresentation of label”. Therefore we hope that your goodself will take the appropriate action to stop the sale of this product.

Thanking you.
Letter signed by Mohd Kadir bin Mohd Karim (I/C No. 601223-10-6157)
Secretary of Kumpulan Konsumer Satu Malaysia (KKSM)

Note: Copy of this letter and analysis report sent to
YAB Tan Sri Dato’ Seri Abd. Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor DE.

Comments»

1. nikmj - June 17, 2010

Check the ghee website and I found a JAKIM Halal Logo pop out on the left screen

http://qbbghee.com/aboutghee.php

So is it really halal or not ?

2. Nick - June 17, 2010

A question! Has anyone ever heard of this consumer group? Kumpulan konsumer “Satu Malaysia”? Who names their group satu Malaysia??? What is this group? A consumer group or an UMNO rent seekers??? Anyone or has YB MB Selangor issued an acknowledgment of having received the said letter or this is some kind of hoax and an industrial sabotage??? Anyone or maybe “MR Mohd Kadir Bin Mohd karim” can send his letter to all of the MSM and bloggers? if he really exist, that is!

3. Lonng walk - June 17, 2010

Now the time to scrutinized and deep check on all product especially from non muslim manufacturing company and marketing agent . Muslim should start from buying there goods and always check the content regularly. We cannot only rely on Jakim alone.

4. Nani Cheras - June 18, 2010

Dari – http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

IC tu kepunyaan : En. Boon Ching Keong

Nani Cheras

nikmj - June 18, 2010

TQ for your effort. Unfortunately, its still not convincing enough as that is SPR list and not JPN list. As everyone knows the SPR list is not perfect. Many cases already reported and proven that the same ID is shared by many people, and the same adderess also shared by many strangers.

5. alien - June 24, 2010
6. nikmj - June 25, 2010

AVA, Muis akui minyak sapi Q.B.B halal

Oleh
Saini Salleh

KESANGSIAN status tidak halal minyak sapi berjenama Q.B.B yang tersebar luas di Internet adalah tidak berasas sama sekali.

Menyangkal dakwaan itu, Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) berkata pihaknya telah mengambil contoh minyak sapi Q.B.B Pure Ghee yang diperolehi di sini April lalu dan menjalankan ujian ke atasnya dan mendapati ia diperbuat daripada lemak mentega tulen.

‘Justeru, dakwaan yang disebarkan di Internet itu tidak berasas,’ kata AVA dalam e-mal bertarikh 15 Jun lalu sebagai menjawab pertanyaan seorang pengirim yang hanya dikenali sebagi K.Sha.

Unit Stratejik Pensijilan Halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) juga memperakui produk itu disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sijl halal produk itu sah diperlakukan hingga 15 Februari tahun depan.

Read more here …. http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,167051,00.html

7. Manijah Minakshi Drogga Abdullah - July 6, 2010

The best counter-check reply to this issue is something which I picked from someone commenting in the internet is as follows:

According to the following websites:
1) http://archive.gulfnews.com/articles/08/07/03/10225548.html and
2) http://www.dubaicityguide.com/site/business-finance/data/Eng.%20%20Price%20List%20Group%202%20on%20May%2020092.xls.

QBB is sold as Animal Shortening in various supermarket outlets in the United Arab Emirates.

Further the website: http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/Animal+Shortening, indicates that:
Animal shortening is defined as lard (lahrd) purified internal fat of the abdomen of the hog (pig) or commercially retrieved pig fat.

Thereafter the website: http://produkhalal.wordpress.com/2007/09/08/list-of-non-halal states that:
Animal Shortening is defined as type of fat such as lard that is solid at room temperature, and is used for making pastry and is classified as non-halal.

Question is why then is QBB classified in Malaysia as halal and sold as pure butterfat ghee when in the Arab world it is classified as non-halal and sold as animal shortening. Who is than technically correct and who is then misrepresenting to the consumers

8. M. Manarjah - July 20, 2010

Dulu kat 70′an dan 80′an, orang tua kita dekat Johor buat nasi banyak pakai Cow Brand Vegetable Ghee, yang dibuat dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya beta carotene. Itupun dari bahan tumbuhan. Bukan main lazat masakannya. Kira-kira 1990′an, bahan masih sama tapi nama ditukar kepada Cow Brand Vanaspati kerana Akta Makanan Malaysia ada perubahan. Lepas tu orang kita terutama di Johor sudah mewah lalu mula gunakan QBB yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Saudara KaK Narjah di Australia bagitahu kemarau dan kebakaran banyak melanda di awal 2000an, lalu padang ternakan lembu susu banyak yang musnah. Akibatnya harga hasil susu seperti tepung susu, mentega, minyak sapi tulen semua melonjak naik. Kini kak dengar babi yang banyak diternak di situ. Inilah jadinya. KaK Narjah nak balik kepada Cow Brand untuk buat nasi tomato, lagi lazat dari Planta sebab tak ada garam dan air.

[Reply]

9. Haji Abdul Kadir - July 22, 2010

Pak Cik kerja masak kenduri kahwin di Johor dan juga Melaka sudah lebih 30 tahun. Dulu ramai yang memilih Cow Brand Vegetable Ghee, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah. Benda ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya pun dari bahan tumbuhan. Halal 100%. Mana jenis beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Kemudian ada perubahan istilah dalam Akta Makanan Malaysia 1983, lalu namanya ditukar kepada Cow Brand Vanaspati. Vanaspati ini kalau tak salah pak cik, asalnya perkataan Sanskrit. Kemudian orang kita semakin mewah, mahu gunakan QBB Ghee yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Bagus juga mutu QBB masa itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, pakcik dapati rasa QBB pun dah mula berubah. Pakcik dah mula syaki kandungan QBB bukan lagi seperti yang ditulis pada tinnya. Sebelum itu, pak cik dengar padang ternakan lembu susu di Australia banyak musnah akibat kemarau dan kebakaran hutan. Harga tepung susu, mentega, minyak sapi tulen semakin naik. Dekat sini banyak jenama yang kilangnya di Malaysia muncul dalam 10 tahun yang lalu. Semuanya pakcik dah cuba. Cakap saja, minyak sapi tulen, tapi kebanyakan rasa macam dibuat dari minyak sawit juga. Harga dua kali tinggi dari vanaspati. Sekali dua pakcik pernah masak dengan minyak sapi tulen diimport dari Eropah, namanya Green…….., pakcik tak berapa ingat, tin hijau muda ada perkataan Arab dan banyak dijual di negara Islam, agak mahal tetapi memang minyak sapi tulen yang paling sedap dirasai. Pak cik tulis ini semua bagi orang tahu pengalaman pak cik pasal kisah minyak sapi ini. Pandai-pandai kita memilih, jangan terperangkap dengan tipu helah sesetengah pembuat tempatan.

10. awin-kl - August 18, 2010

so skang nie.. minyak sapi GHEE tu halal ke idak?

nikmj - August 18, 2010

MANA2 PRODUK YANG ADA LOGO HALAL JAKIM YANG TULIN, INSYALLAH HALAL

11. champagnejsg - August 19, 2010

Hi,

BB has been a target of a fictitious and malicious writer, this matter has been reported to the Malaysian Police.

You can check all the halal cert and media about it.

Please login our website http://www.qbbghee.com, click ‘HALAL’ under ‘We are CERTIFIED’ to view our Halal Certificate, expiry date at the bottom of the certificate shows 15 February 2012.

Or visit

http://loveqbb.wordpress.com/

12. fakhri - August 23, 2010

23/8/201… info terkini portal HALAL Msia http://www.halal.gov.my -JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

13. lamyalam - August 23, 2010
14. lamyalam - August 23, 2010

link error
CAP gesa henti segera jual minyak sapi QBB
or this link…

http://www.malaysiakini.com/letters/140883

15. azaman - August 24, 2010

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menarik balik dengan segera penjualan minyak sapi QBB yang dijual di Malaysia.

Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.

Katanya, CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini.

“Dalam jawapannya kepada CAP yang bertarikh 20 Ogos 2010, pihak Jakim telah memaklumkan kepada CAP bahawa mereka sedang menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga mereka yakin dengan status halal produk itu,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, petang ini.

Menurutnya lagi, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan, dan oleh sebab itu tidak boleh dimakan oleh umat Islam dan mereka yang mengamalkan memakan sayuran sahaja.

Sehubungan itu, ujarnya CAP menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera,” tegasnya.

16. siva - September 1, 2010

siapa kata QBB ada lemak babi

17. Shankar Raman - September 3, 2010

I overheard someone talking in a restaurant that JAKIM’s report actually states that the substance in QBB Ghee is not butterfat at all but some fat substance where part of the molecule seems to resemble the DNA of the genus sus (the genus for the pig family). The technology used seems to be very highly developed and not known to local scientists. Seems that the major shareholder who bought over the QBB Pte. Ltd. after 2006 is in fact involved in the modified lard industry in Australia. Modified lard can be purchased at A$2.50 per kg in Australia (less than RM10 per kg.) and is used widely to replicate many dairy products. I think someone got very greedy and thought Malaysia is a good market to rip off. I am a member of ISKCON and we hope that barring all sensitivities, Malaysian authorities taken stern action on this food “atrocity”

18. Rikhraj - September 4, 2010

There is NO evidence at all that QBB is anything other than ***ghee***, that is, clarified butter from cow’s milk! This is a hoax that has been perpetuated by persons unknown, and unfortunately spread by some consumers’ associations.

If any of us get’s email that sounds weird or unbelievable, just cHeck for hoaxes first, eg, http://www.snopes.com, Urbanlegends.About.com, or just google it before spreading the cr@p around! I am just as guilty as the next guy, but will try to do better.

Best wishes for Raya, Id Mubarak,
Rikhraj

19. Kay Elle ~ « Sugar, Spice & Everything Not So Nice. - September 5, 2010

[…] There’s also about this minyak sapi que bee bee that’s not halal. Ada lemak babi =.= (read about it here! in malay.) […]

20. Haji Mohamed Shafie - September 25, 2010

Pakcik kerja masak kenduri kahwin di Pulau Pinang semenjak 1980an. Pada pendapat Pakcik, kita patut mengelakkan penggunaan minyak sapi tulen yang dihasilkan dari susu lembu dan juga sebarang barangan dari lemak binatang walaupun disahkan halal atas sebab-sebab kesihatan kerana kedua-dua jenis barangan ini banyak berlemak. Pakcik juga mendapati marjerin yang mengandungi minyak sawit, air dan garam sama ada Planta atau lain jenama tempatan juga kurang sesuai untuk masakan beriyani dan lauk-pauk. Kalau dari segi rasa dan juga kos, memadai kalau gunakan minyak sapi sayuran ataupun zaman sekarang dikenali sebagai vanaspati. Vanaspati pun ada dua jenis, satu yang separa terhidrogen yang kelihatan lembut dan sesuai untuk pemakanan manusia, sementara yang lagi satu penuh terhidrogen, kelihatan seperti lilin yang banyak dihasilkan di Malaysia dan juga di India. Jenis berlilin ini banyak digunakan oleh orang India untuk sembahyang buat pelita. Pakcik telah banyak mencuba pelbagai jenama vanaspati dari Malaysia, India, Arab dan Eropah. Pada pendapat Pakcik yang paling baik Pakcik jumpai dan masih dijual di Penang ialah Cow Brand dari Holland juga dipanggil Cap Lembu, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah, tinnya untuk pasaran Malaysia dicetak dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Barang ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit dengan bahan tambah beta carotene yang menguatkan sistem kelalian badan disamping memberi rasa, keharuman dan warna macam minyak sapi tulen. Pengeluarnya di Eropah mempunyai reputasi yang tinggi dan banyak mengeksportnya ke negara-negara Islam di Timur Tengah. Kehalalannya tidak boleh diragukan. Mana-mana jenis nasi beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Di Malaysia, banyak catering menggunakannya tetapi memberitahu pengguna mereka pakai minyak sapi tulen seperti QBB. Ada juga yang menggunakan minyak biji matahari, minyak zaitun, minyak masak biasa, marjerin tempatan sebagai gantian kepada QBB. Mana boleh tahan pakai QBB sekarang dengan harganya menjulang tinggi. Lagipun QBB yang dijual di Malaysia tak original seperti dulu. Setahu pakcik pengilang asal QBB di Australia dah gulung tikar beberapa tahun dahulu. Dari segi kos, rasa dan juga segi kesihatan Pakcik sentiasa syorkan Cow Brand kepada pengguna pakcik.

21. Haji Mohamed Shafie - November 8, 2010

Pakcik kerja masak kenduri kahwin di Pulau Pinang semenjak 1980an. Pada pendapat Pakcik, kita patut mengelakkan penggunaan minyak sapi tulen yang dihasilkan dari susu lembu dan juga sebarang barangan dari lemak binatang walaupun disahkan halal atas sebab-sebab kesihatan kerana kedua-dua jenis barangan ini banyak berlemak. Pakcik juga mendapati marjerin yang mengandungi minyak sawit, air dan garam sama ada Planta atau lain jenama tempatan juga kurang sesuai untuk masakan beriyani dan lauk-pauk. Kalau dari segi rasa dan juga kos, memadai kalau gunakan minyak sapi sayuran yang dikenali sebagai vanaspati menurut Akta Makanan 1983, itupun vanaspati yang separa terhidrogen yang kelihatan lembut dan sesuai untuk pemakanan manusia. Dari segi kesihatan, kita perlu mengelakkan dari menggunakan vanaspati penuh terhidrogen yang kelihatan seperti lilin. Dari pelbagai jenama vanaspati tempatan dan luar negeri yang Pakcik pernah mencuba, Pakcik mendapati yang paling baik sekali yang masih dijual di Penang adalah Cow Brand dari Holland juga dipanggil Cap Lembu, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah, tinnya untuk pasaran Malaysia dicetak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Barang ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit dengan bahan tambah beta carotene yang menguatkan sistem kelalian badan disamping memberi rasa, keharuman dan warna macam minyak sapi tulen. Pengeluarnya di Eropah mempunyai reputasi yang tinggi dan banyak mengeksportnya ke negara-negara Islam di Timur Tengah. Penguatkuasaan di Timur Tengah cukup baik dan sebarang bahan yang tak halal sama ada lemak binatang ataupun bahan menagihkan dapat dikesan dengan segera. Cow Brand Vanaspati ini terdiri sepenuhnya dari bahan tumbuhan dan tidak mengandungi langsung lemak binatang, bahan beralkohol, bahan yang menagihkan, halia atau bawang putih; menjadikannya produk yang bukan sahaja boleh diambil oleh oleh orang Islam tetapi juga oleh pengikut mana-mana agama di dunia. Menurut pengimportnya di Kuala Lumpur yang Pakcik pernah telefon, olehkerana Cow Brand Vanaspati ini merupakan barangan import, Jabatan Kesihatan Pelabuhan Kelang bertanggungjawab mengesahkan kandungannya seperti yang dilabelkan dan menuruti Akta Makanan 1983 dan Akta Perihal Dagangan 1972 setiap kali diimport masuk ke Malaysia. Mana-mana jenis nasi beriyani yang Pakcik buat dari Cow Brand Vanaspati memang lazat. Di Malaysia, banyak catering menggunakan Cow Brand Vanaspati tetapi memberitahu pengguna mereka pakai minyak sapi tulen seperti QBB. Ada juga yang menggunakan minyak biji matahari, minyak zaitun, minyak masak biasa, marjerin tempatan sebagai gantian kepada QBB. Mana boleh tahan pakai QBB sekarang dengan harganya menjulang tinggi. Lagipun QBB yang dijual di Malaysia tak original seperti dulu. Menurut anak buah Pakcik yang pandai melayar internet, pengilang asal QBB di Australia dah gulung tikar beberapa tahun dahulu. Lagipun, pihak penguatkuasa Emiriyah Arab Bersatu semenjak beberapa tahun lalu sedang mengkelaskan QBB sebagai animal shortening dan bukan sebagai pure butterfat ghee atau pure butterghee iaitu sebagai minyak sapi tulen. Dari segi kos, rasa dan juga segi kesihatan Pakcik sentiasa syorkan Cow Brand Vanaspati kepada pengguna Pakcik. Maklumat tambahan boleh didapati dari laman web: http://www.dishhad.com/cms/index.php

22. M.D. Wilson - December 15, 2010

Comments by Mr. M. D. Wilson, last general manager of the original QBB manufacturer:

From 1946 upto to 2006, QBB Ghee was first produced by Queensland Butter Board, later known as Butter Marketing Board and finally known as Butter Producers Co-operative Federation (BPCF), Brisbane, Australia. This product was up to 2006 pure butterfat ghee produced from the milk of dairy cows. I am sure of that as I was the last general manager of this firm. Based on a joint decision by all shareholders, BPCF’s factory and warehouse in Brisbane was closed down in 2006 and BPCF was finally liquidated in 2007. The agent for QBB for Malaysia, Singapore and Brunei was all the while Sadka Bros. in Singapore, a firm owned by Singaporeans and Australians of Jewish descent. These people do not eat pork and will never condone to lard being added into their product. However somewhere after 2000, they sold of their shareholdings to Dairy Farmers of Australia, who eventually changed the name to QBB Pte. Ltd., Singapore. If you were to look at the Information Resources issued by ACRA of Singapore, the principal activities of QBB Pte. Ltd. now is preparing, canning and preserving of livestock and livestock products which indicate animal fat and tissue products. This completely different from dairy products which indicate cow’s milk based products.

From 2007 onwards, Dairy Farmers have been supplying the raw material directly to QBI Packaging in Shah Alam who have packed QBB Ghee since then. Somewhere in 2007, the Ministry of Economy, United Arab Emirates had enforced on QBB Pte. Ltd. Singapore to categorise QBB sold in UAE as animal shortening. This can be seen in the following websites:

1) http://archive.gulfnews.com/articles/08/07/03/10225548.html and
2) http://www.dubaicityguide.com/site/business-finance/data/Eng.%20%20Price%20List%20Group%202%20on%20May%2020092.xls.
3) http://www.economy.ae/English/Consumers/PricesAndMarketResearch/Pages/WeeklyPricereport.aspx
4) http://www.economy.ae/Documents/Thirds%20Group.pdf;

which indicate that QBB is sold as animal shortening in United Arab Emirates since 2007 and listed as a product of Singapore as it is manufactured under the licence of QBB Pte. Ltd., Singapore.

Ministry of Economy, United Arab Emirates is world renowned for its food labelling enforcement. Every food product container received at its port is checked to determine its actual content by lab analysis.

We know that animal shortening is the industrial definition of pig lard usually extracted and thereafter purified from the abdomen of pigs. It is quite clear to me that QBB Ghee sold not only in Malaysia, Singapore and Brunei but in other parts of Asia, Australia from 2007 right until its halal certification revocation by JAKIM, Malaysia in August 2010 contained pig lard as butterfat prices were too skyhigh to make a handsome profit for Dairy Farmers. Despite all this, JAKIM still wants to certify QBB as pure butterfat ghee. This is indeed very heartbreaking for all of us who were in involved in ensuring QBB was pure butterfat ghee prior to 2006.

23. 2010 in review « The Blog Of My Life - January 3, 2011

[…] Minyak Sapi Ghee ada lemak babi June 2010 24 comments […]

24. Roslee - August 4, 2011

Sebaik-baiknya orang islam mesti ada perusahaan sendiri mengeluarkan minyak sapi.Sebab orang bukan islam ni susah hendak percaya, lagi lagi mengenai makanan,minuman dan ubat-ubatan.Kalau diberi sijil halal,sekejap aje mereka mematuhi kriteria halal lepas tu tidak perdulikan.Kalau ikut sebenar2 agama islam mana boleh kita orang islam boleh makan makanan pengeluaran orang bukan islam.Sebabnya mereka ni
berhadas besar dan kecil,tidak percaya tanya orang2 yang bertaraf sufi.Ibadat,zikir dan doa yang Allah terima dan tak terima terletak pada makanan dan minuman yang halal atau tidak halal.Dan juga dosa2.Punca muda mudi islam kita rosak adalah dari makan dan minuman yang haram dan syubahat.Ok itu sahaja dari insan yang berdosa.

25. nikmj - August 6, 2011
26. SANTET TERBANG - August 16, 2011

YAHUDI TAHU LEMAK BABI NI SEBENARNYA MEMPUNYAI SATU UNSUR ASID **MERUJUK SEBUAH LAMAN WEB BERPANGKAL DI EROPAH** LAMAN WEB NI..MENGATAKAN BAHAWA LEMAK BABI ADA DNA ASID YANG BOLEH MANUSIA BERNTIDAK TIDAK MENGIKUT AKAL TETAPI NAFSU…HAHAHAH…INILAH MAINAN YAHUDI SUPAYA PASTIKAN SEMUA UMAT ISLAM SESAT..DAN TERKENA MCM2 PENYAKIT SERTA TERPENGARUH IDEALOGI YAHUDI….HEHEHEH…FIKIRKANLAH

27. beba - August 26, 2011

status minyak sapi ghee terkini. sila view :

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/37380

28. Harga sapi terkini | terkini terbaru - October 14, 2012

[…] nmjnh.wordpress.com […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: