jump to navigation

Ikhlaskah pemberian wang ehsan royalti petroleum Kelantan? November 4, 2009

Posted by nikmj in General, Najib Razak, National, Politics, bernama, malaysiakini, malaysianinsider, news.
Tags:
trackback

Kelantan akan menerima wang ehsan daripada kerajaan pusat hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu mulai tahun hadapan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.

“Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemiskinan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata demikian bagi menjawab sekali gus soalansoalan yang dibangkitkan oleh beberapa Anggota Parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara

Komen :

Kenapa ia masih dipanggil wang ehsan, sedangkan dalam akta petroleum 1974 dengan jelas mengatakan yang ia adalah royalti dan hak mutlak kerajaan negeri?

Kenapa ia harus disalurkan dalam bentuk bukan wang dan kenapa kerajaan pusat masih mengawal wang hak mutlak kerajaan negeri?

Apakah keikhlasan dan kewibawaan kerajaan negeri pilihan rakyat Kelantan sendiri masih dipertikaikan sedangkan rakyat dengan yakinnya telah menolak kerajaan BN dikelantan sejajak 4 penggal dahulu?

Mungkinkah episod projek mewah kerajaan BN pimpinan Idris Jusoh akan terus berlarutan keKelantan dengan penyalahgunaan wang royalti petroleum untuk kerajaan negeri? Jika begitu memang sah BN masih tidak sedar diri dan tidak mahu berubah dan jelas pemberian wang ehsan ini sekadar gula-gula sementara.

 

Comments»

1. nikmj - November 4, 2009

K’tan mungkin tolak Petronas…
Nov 4, 09 2:53pm
Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.

Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera negeri itu terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi ini di Parlimen.

Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah “wang ehsan” sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan “bayaran royalti” digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu,” katanya lagi.

“Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan.”



  • Spam Blocked

  • Recent Comments

    zek on Komen Chedet pasal kes liwat…
    gong on Komen Chedet pasal kes liwat…
    mail on New Perodua MPV photos
    Ok Lah on Isu royalti minyak Kelantan : …
    Rivelino Carter Moin… on Mahkamah lepaskan RPK
    zana on New Perodua MPV photos
    an on New Perodua MPV photos
    muhd zahirul faiq on Jutawan OIM ke3 jatuh kepada T…
    yani on Who is Manohara Odelia Pinot? …
    ibu oku on Intipati Belanjawan 2010
    hanafi on Kerajaan Perpaduan dan Persaud…
    nik joe on Blogger Raja Bahrain hina Raja…
    syah on Rahsia wakil rakyat PAS tidak …
    phd student ukm on Zaid belasah balik Kadir …
    raub on New Perodua MPV photos