jump to navigation

Perbezaan petrol RON91, RON92, RON95, RON97, RON98 August 22, 2009

Posted by nikmj in Car, General, National, news, Oil, Review.
trackback

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai ‘pakar’ automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya. (Kosmo)

Comments»

1. Mykay - August 31, 2009

Betulkah harga RON95 diseragamkan kepada RM1.80?

2. Hazlinsaid - September 1, 2009

Thank you so much 4 this information… I learn something new today….

3. rakyat terseksa - September 1, 2009

kete nasional proton wira sendiri tak compatible dengan ron95… apa kejadahnya kerajaan malaysia ni buat? yg pakai kete nasional ni golongan takde duit (kalau ade duit mesti dah beli mercedes/bmw)… so golongan takde duit mesti nak petrol yg murah.(ron95) tapi tak compatible..macam membebankan pulak nak kena isi minyak rm2.05 seliter…
kenapa sy cakap tak compatible? takde pickup lansung.. enjin rase semput2 saja… tp bila guna ron97, everythings fine.

4. Gabungan Mahasiswa Merdeka - September 3, 2009

bukankah dengan menggunapakai minyak yang lebih berkualiti dan bersesuaian dengan kereta lebih baik dari mengguna yang lebih kurang mutunya.umum semua tahu yang kereta malaysia kurang kualiti nya dari luar negara.malaysia masih dalam proses membangunkan taraf pendidikan dan jadi tanggungjawab rakyat untuk sama-sama membangun bersama.

5. panjang64@projekcar - September 5, 2009

Kerajaan perlu memandang serius terhadap kereta tempatan seperti perodua dan proton… minyak yang dikeluarkan harus stabil dengan kereta malaysia atau rakyat disaran beli kereta import???? tak pun tukar enjin di kedai potong??? mane lebih baik?????
\

6. janggut - March 3, 2011

thanx 4 information!!! sy pkai kreta lama 1.6liter..sy kene pkai gak RON97 psl bile pkai 95 jer kreta jd lembap,mudah padam bile brhenti,running xlancar n bnyk lg la…nape ye???

nikmj - March 3, 2011

kalau ron95 pakai BHP kereta lebih lancar, guna ron97 lebih baik, nak lagi baik guna shell power

7. azam - September 6, 2011

Ok good information.tqvm.

8. ninpow - June 27, 2012

Hakikatnya tak kira apa brand kenderaan yg berada di malaysia nih baik keta jepun,tempatan atau continental..semua pengguna sebulat suara berpendapat RON95 cukup lembab,memang terasa kelembapannya selepas dah biasa atau lama menggunakan RON97..ada pendapat jgak mengatakan RON97 lebih menjimatkan n lebih Kilometer berbanding RON95..walaupun pengguna2 ni takder teori atau tak berpengetahuan lngsung tentang kandungan PETROL atau jenis RON..tapi sebagai pengguna yg dah lama memandu kenderaan…kita dapat ‘merasainya’ selepas membuat perbandingan diantara 2 jenis RON ini..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: