jump to navigation

Waktu Solat, Imsak & Niat Puasa, Berbuka Puasa Ramadhan August 21, 2009

Posted by nikmj in General, islam, news, puasa, solat.
Tags: , , ,
trackback

Assalammualaikum buat para pengunjung blog beragama Islam. Berikut adalah panduan buat anda semua berkenaan waktu solat, imsak dan berbuka puasa dibulan Ramadhan tahun ini.

Disertakan juga niat berpuasa, niat berbuka puasa, fadhilat & kelebihan berpuasa dibulan ramadhan.

Untuk kemudahan semua muslimin dan muslimat diLembah Klang, kadar zakat Fitrah juga dinyatakan sama.Ramadhan2009

Panduan_Sembahyang_Sunat_Tarawih_[JAKIM].pdf

Panduan_Sembahyang_Sunat_Tarawih_[JAKIM].pdf

Untuk keterangan lanjut berkaitan puasa sila klik pautan ini…

Comments»

1. nikmj - August 22, 2009

Amalan bulan Ramadhan

1 Jauhilah Dosa. Tinggalkan perkataan dan perbuatan buruk –jika tidak
pahala puasa terhapus. (Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 – Fath al-Bari).

2 Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

3 Sahur adalah penting. Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang
bersahur.Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan
subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). (Rujuk- Muslim,
2/770, Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim , Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).).

4 Tahajud. Sekurang-kurangnya bangun lebih awal sebelum Sahur untuk
mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan
sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

5 Solat. Berjemaah khususnya solat subuh

6 Al-Quran. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang

7 Doa Sebelum dan hingga Semasa Berbuka. Banyakkan & panjangkan. (Rujuk
Riwayat Ibn Majah; Sohih)

8 Doa sepanjang waktu berpuasa. (Rujuk- Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dll)

9 Segera Berbuka. Bila masuk waktunya. (Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

10 Berbuka dahulu sebelum solat . (Rujuk- Abu Ya’la dan al-Bazzar : hadith
Hasan).

11 Berbuka cara terbaik. (1) beberapa biji Kurma Rutab (Basah), jika tiada,
beberapa biji Tamar (Kurma Kering), jika tiada, Air (air kosong ). (
Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

12 Sediakan Juadah Berbuka Untuk Orang Lain. Khususnya orang miskin.
(Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka
baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun” (
Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi) .

13 Solat Terawih. (1) berjemaah (2) sendirian (3) masjid atau rumah.

14 Siwak-Sugi. Perbanyakkan bersiwak. (Menggunakan kayu sugi tanpa air dan
ubat gigi). (Hadis Sohih –riwayat al-Bukhari).

15 Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur (Nabi SAW bersabda
dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan
terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai).

16 Solat witir. Waktu terbaik ditunaikan adalah bagi menutup segala solat
sunat. Lebih baik dilewatkan diakhir malam, jika mampu.

17 Menjaga Aurat Sentiasa. Termasuk Semasa Solat Terawih, Isyak dan Subuh.
Khusus untuk kaum wanita kerana didapati ramai yang terdedah aurat dan
kakinya seperti semasa menaiki tangga masjid dll.

18 Mandi atau Menjirus Air Kepada Kepala dan Badan. Tidak dilarang, bahkan
Nabi ada menjirus air keatas kepala baginda disebabkan dahaga dan panas.

19 Alakadar. Makan dan minum dengan kadar yang tidak berlebihan. (Rujuk
Surah al-Araf :31)

20 Doakan Juga Orang Yang Menjamu Kita Berbuka. (Riwayat Abu Daud)

21 Sunat dhuha. Jgn dilupa.

22 Batalkan Pahala Puasa. Jauhi daripada perkar aynag membatalkan atau
menjejaskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, menghasut, menjaga
syahwat, jaga pandangan, dan lain-lain.

23 Jgn Banyak Tidur Siang Hari. Imam Assayuti menegaskan bahawa hadis
–tidur orang berpuasa adalah ibadah adalah lemah.(al Jami-as Soghir, Faidul
Qadir-al Munawi)

24 Halalan & Toyyiban. Jika terpaksa dan nak juga beli, pastikan makanan
dibeli daripada syarikat bukan muslim, halal dan baik.
Rujuk http://www.halal. gov.my/maklumat_ persijilan. php.

25 Mohon Ampun Sentiasa. Bertaubat dan mohon ampun kepada Allah
sesungguh-sungguhny a kerana terdapat riwayat Hadis di mana Malaikat jibril
mendoakan kecelakaan kepada orang yang, Ramadannya berlalu tanpa
mendapatkan keampunan daripada Allah.

2. ORANG BKN ISLAM TP NAK TRY PUASA! - September 7, 2009

ASALAMUALAIKUM,SAYA TIARA INGIN BERTANYA BILA WAKTU SAHUR DAN WAKTU BERBUKA PUASA?TQ

Waalaikum mussalam Tiara,
Jika saudari berada dikawasan Lembah Kelang, saudari boleh mengikuti jadual seperti yg dipaparkan diatas. Waktu berbuka ialah waktu Maghrib dan waktu bersahur adalah bila2 masa sebelum masuk waktu Imsak. Sila klik pautan ini untuk mengetahui secara mendalam tentang puasa. http://nmjnh.wordpress.com/islam/rukun-islam-rukun-iman/puasa-terawih/ TQ


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: