Bukti Fakta Kelemahan PPSMI didedahkan July 9, 2009
Posted by nikmj in General, National, malaysiakini, news.Tags: Bukti Fakta Kelemahan PPSMI didedahkan, malaysiakini
trackback
Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.
Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.
“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,” katanya dalam sidang media khas mengumumkanpembatalan dasar tersebut mulai 2012.
Tambahnya, berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing di SJK Cina dan SJK Tamil.
Kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa ia tidak dapat diteruskan seperti dihasratkan, lapor agensi berita itu lagi.
“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,” Muhyiddin dipetik berkata.
Menurutnya lagi, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
“Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik,” katanya.
Selain itu, tambah Muhyiddin, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap kepetahan.
Katanya, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus,” katanya seperti dilaporkan. (mkini)















BAHASA SOMBONG BODOH
BAHASA DAN PENGUCAPAN SEKALI LAGI
Adalah karut untuk memantapkan pembelajaran bahasa – bahasa apa sahaja – melalui ilmu hisab dan sains.
Sesiapa yang memiliki pandangan : kalau ilmu hisab dan sains di ajar dalam bahasa Inggeris maka seseorang itu akan hebat bahasa Inggerisnya – orang ini sudah nyanyok.
Untuk pembelajaran bahasa caranya ialah melalui sastera.
Untuk faseh berbahasa Inggeris – yang memantapkan pengunaan bahasa Inggeris ialah pengkukuhan pembelajaran sastera yang di garap dalam bahasa Inggeris. Bagitu juga untuk bahasa China, Arab dan lain-lain.
Mempelajari satu/dua/tiga/empat malah berpuluh-puluh bahasa adalah kebaikan. Setiap bahasa baru yang dipelajari akan membuka satu dunia yang baru. Ini hakikat.
Pandangan yang mengatakan pembelajaran ilmu hisab dan sains dalam Bahasa Inggeris ini adalah satu mitos dan pembohongan besar.
Ini buktinya : Seluruh rakyat Amerika, seluruh rakyat New Zealand, seluruh rakyat Australia, seluruh rakyat Canada dan seluruh rakyat Ireland adalah manusia-manusia yang paling bijak dalam dunia. Ini kerana dari hari mereka dilahirkan lagi mereka telah menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran ilmu hisab dan sains.
Tetapi hakikatnya tidak.
Walau pun mereka belajar ilmu hisab dan sains dari kecil lagi – kalau dalam satu sistem ekonomi dan sistem pembelajaran yang tidak adil maka berjuta-juta warga masih buta hurup, bebal dan terpinggir.
Pelik ? Amat pelik.
Fakta yang menjolok mata ini tidak pernah sampai ke otak orang-orang yang mengajukan ilmu hisab dan sains wajib di ajar dalam bahasa Inggeris. Mereka gagal untuk melihat wujudnya ‘orang-orang bodoh’ di Amerika, Australia, Canada, Britain dan Ireland.
Mereka juga gagal untuk memahami bahawa kemajuan keilmuan ini bukan hanya dimonopili oleh mereka yang berbahasa Inggeris sahaja. Keilmuan dalam dunia ini terkumpul dari penemuan dari pelbagai bangsa dan bahasa.
Mempelajari satu/dua/tiga/empat malah berpuluh-puluh bahasa adalah kebaikan. Setiap bahasa baru yang dipelajari akan membuka satu dunia yang baru. Ini hakikat.
Saya masih lagi menolak cakap-cakap yang mengatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Untuk saya Bahasa Melayu ini adalah bahasa stratejik untuk perubahan.
Perubahan gagal berlaku. Ruang demokrasi masih sempit dalam negara kita ini. Kegagalan ini terjadi kerana para pemikir, pengerak orang ramai, aktivis badan-badan Ngo tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa stratejik untuk mengembangkan pandangan molok-molok yang ada dalam fikrah mereka.
Mereka berkelintau di sekitar Lembah Klang. Mereka bercakap , berseminar dan menulis kertas kerja yang mereka rayakan sesama sendiri. Pandangan dan fikrah mereka amat maju dan cukup baik. Tetapi pandangan ini tidak pernah sampai kepada orang ramai. Justeru tidak ada sesiapa pun yang dapat memahami apa yang cuba mereka sampaikan.
Mereka hanya pancut atas perut. Tidak melahirkan benih perubahan.
Tetapi kenapa kita gila-gila hendak mengajar bahasa Inggeris – seharus – warga dalam negara majmuk ini wajib terlebih awal mengetahui bahasa di sebelah rumah mereka. Kenapa anak Malayu tidak diajar bahasa Mandrin dan Tamil dari awal lagi? Sama seperti anak Cina/India belajar bahasa Melayu.
Ini lebih masuk akal untuk kita lebih mengenali dan merayakan kehidupan satu sama lain. Jika ada manusia Melayu yang menolak pembelajaran bahasa yang bukan bahasa ibuandanya maka inilah contoh manusia Melayu sombong bodoh.
Biasanya mereka ini akan berkumpul dengan slogan Hidup Melayu ! Tetapi nama persatuan mereka dalam Bahasa Inggeris.(TT)
bodoh!
bangangg