Pegawai JAIS akui kesilapan pertuduhan khalwat Norman-Memey July 3, 2009
Posted by nikmj in Abby Abadi, Entertainment, Memey Suhaiza, National, Norman Hakim, bernama, islam, mstar, news.Tags: bernama, mstar, abby, Pegawai JAIS akui kesilapan pertuduhan khalwat Norman-Memey
trackback

Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.
Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs), Abdul Rahman Lai Abdullah dalam keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu, mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.
Sebaliknya, menurut Abdul Rahman, pelakon itu ditemui dan ditahan ketika berada dalam premis di tingkat atas dari tempat Memey ditemui, yang merupakan sebuah premis berlainan dan mempunyai alamat yang berlainanan.
“Saya tidak nampak manamana lelaki semasa (saya) masuk ke dalam rumah (premis dalam kertas pertuduhan) dan saya juga tidak nampak manamana lelaki semasa memeriksa tingkat bawah dan ruang udara di tingkat atas rumah,” kata Abdul Rahman ketika disoal balas oleh peguambela Fakhrul Azman Abu Hassan.
Pada 20 Jan lepas, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dengan Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 21, di pejabat beralamat 41A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi 30 Okt 2008.
Bagi kesalahan itu Norman dibicarakan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.
Dalam sesi soal balas itu lagi, Abdul Rahman juga bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa pemeriksaan oleh pegawai penguatkuasa agama pada malam kejadian adalah berdasarkan maklumat dengar cakap daripada pengadu yang dibuat melalui panggilan telefon.
Fakhrul: “Bagaimana kamu tahu bahawa dalam premis itu ada orang yang didakwa salah, lelaki (Norman) dan wanita (Memey) ini?”
Abdul Rahman: “Dari maklumat yang diterima dari pengadu.”
Fakhrul: “Setuju atau tidak saya katakan bahawa pemeriksaan premis adalah berdasarkan dengar cakap atau hearsay daripada pengadu sahaja?”
Abdul Rahman: “Betul.”
Saksi itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa maklumat yang diberikan pengadu yang mendakwa Norman dan Memey berada dalam premis beralamat 41A itu adalah salah kerana Norman sebenarnya tidak berada pada pukul 2.40 pagi dalam premis yang dinyatakan.
“Saya tidak boleh kata maklumat itu tidak betul kerana saya belum selesai membuat pemeriksaan lagi ketika itu,” katanya.Perbicaraan disambung 31 Julai. BERNAMA















Memey: Kami semakin serius tapi belum rancang berkahwin
SETIAP kali diajukan soalan tentang hubungan mereka, baik Norman Hakimmahupun Memey sendiri lebih senang untuk tidak mengulas lanjut.
Kedua-duanya seboleh mungkin akan cuba ‘mengelak’ walaupun umum sediamaklum hubungan ‘mesra’ yang terjalin itu bukan lagi rahsia.
Sejak tercetusnya kontroversi menjadi ‘orang ketiga’ dan gara-gara keskhalwat yang membabitkan kedua-dua pelakon ini sehingga mengakibatkanperceraian Norman sendiri dan aktres Abby Abadi, pelbagai khabar anginsemakin bertiup kencang tentang status hubungan mereka.
Bukan sekali dua kisah mereka yang kononnya sudah merancang untukberkahwin diperkatakan. Paling baru, Norman dan Memey dikatakan bakalberkahwin pada 6 Jun lalu.
Memey hanya tergelak besar tatkala mengimbas semula kisah kahwin ‘6Jun’ itu. Ujar aktres berusia 21 tahun itu, dia bagaimanapun tidakpernah ambil kisah dengan kisah-kisah seperti itu, asalkan ia tidakmelampau.
Ditanya, mungkinkah mereka sudah merancang satu tarikh yang lain untukmendirikan rumahtangga, sambil tersenyum Memey menjawab:
“Memang saya tidak nafikan, hubungan kami memang semakin serius sejakkebelakangan ini, apatah lagi ahli keluarga kami juga sudah salingmengenali. Tetapi sejujurnya, saya dan Norman memang belum merancanguntuk berkahwin.
“Biarlah kami uruskan hal dan karier masing-masing dulu, termasuklahkes khalwat yang masih lagi dalam perbicaraan.
“Insya-Allah, bila semuanya selesai, barulah boleh fikir perkara yanglain pula,” kata Memey yang ditemui di lokasi penggambaran dramabersiri Puteri Aurora Beradu di Kuang, Selangor, baru-baru ini.
Tambah pelakon kelahiran Kota Tinggi, Johor, ini, dia akui dirinyakini sudah semakin terbuka untuk bercerita tentang hubungannya denganNorman berbanding dulu kerana faktor keadaan.
“Kami memang tidak suka bercerita tentang hubungan kami awal-awaldulu. Bukannya ape, kami tidak mahu orang meletakkan macam-macamspekulasi dengan kenyataan-kenyataan yang kami keluarkan.
“Rasanya, lebih baik macam ni…biarlah bercerita sikit-sikit sajadulu,” tutur Memey, sambil enggan mengulas lanjut lagi tentanghubungannya dengan Norman.
TERTEKAN DENGAN KES KHALWAT?
Berbicara tentang karier lakonannya pula, kata Memey, dia bersyukurkerana rezekinya sebagai pelakon semakin mencurah-curah walaupunimejnya pernah tercalar gara-gara kisah ‘panas’ yang melandanya itu.
Terbaru, pelakon yang melonjak namanya menerusi drama-drama sepertiGraduan dan Farah Syakirah ini telah membintangi sebuah drama bersiriterbaru, Puteri Aurora Beradu yang akan disiarkan di TV3 dan TV9 tidaklama lagi.
“Alhamdulillah, peluang yang diberikan semakin banyak. Malah, sayaturut diberi peluang membawakan pelbagai karektor. Tetapi, sejujurnya,saya tidak mahu terlalu mengejar ‘job’.
“Kebiasaannya, saya suka selesaikan satu-satu kerja dulu sebelummemulakan kerja yang lain kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.Saya tidak mahu terkejar-kejar pula nanti,” katanya.
Namun begitu, kata Memey, dia akui, adakalanya dia pernah berasatertekan kerana pada masa yang sama perlu memikirkan tentang kesperbicaraan khalwat yang masih belum selesai.
“Memang agak tertekan juga, tapi saya akan cuba berfikiran positifmemandangkan saya pernah lalui perkara yang lebih teruk daripada ini.Tapi, saya memang berharap sangat agar kes ini dapat diselesaikansecepat mungkin.
Norman Hakim dan Memey ketika menghadiri perbicaraan kes khalwat di mahkamah baru-baru ini.
“Tapi nak buat macam mana…kes ini melibatkan perundangan, jadikenalah ikut prosedur yang ditetapkan walaupun memakan masa juga,”kata Memey.
Dalam pada itu, bercerita lanjut tentang projek lakonan terbarunya,Puteri Aurora Beradu arahan Fairuz Loy, kata Memey, drama bersiriberkisarkan ala ‘Sleeping Beauty’ ini menyaksikannya membawakan wataksebagai gadis yang lemah-lembut dan tidak pernah merasakan hiburan diluar bernama Puteri Aurora.
“Idea cerita ini memang berdasarkan sedikit kisah Sleeping Beauty,tetapi jalan ceritanya jauh berbeza sama sekali dan lebih moden.
“Di dalam drama tersebut, saya menjadi anak kepada Tuan Imran lakonanEizlan Yusof dan Aishah (Rozita Che Wan), tetapi saya dijaga oleh tigadayang sejak kecil lagi kerana bapa saya ingin menyelamatkan nyawasaya daripada kejahatan Sofia (Norish Karman).
“Pada masa yang sama, saya menyukai seorang lelaki bernama Hakimilakonan Iqram Dinzly, tetapi masing-masing tidak meluahkan hasrat hatikerana saya dikawal ketat oleh tiga orang dayang saya.
“Kami dapat bercakap tentang perasaan masing-masing hanya ketika sayasedang berada dalam koma. Lama jugalah episod yang akan menyaksikansaya koma, tetapi ia akan diselitkan dengan kisah ‘flashback’,” kataMemey dalam nada ceria.
Diusik sama ada dia turut ditawarkan peluang untuk berlakon bersamaNorman, akui Memey, dia memang pernah ditawarkan untuk berbuatdemikian.
“Ada beberapa drama yang menawarkan kami bergandingan bersama. Tetapi,nampaknya belum berpeluang untuk berbuat demikian kerana terikatdengan urusan masing-masing.
“Insya-allah, kalau ada peluang, saya rasa kami tiada masalah. Lagipunkami sudah kenal antara satu sama lain, jadi tidaklah rasa janggal,”ujarnya.