Diana Ross jaga anak Jacko July 3, 2009
Posted by nikmj in General.trackback
Surat wasiat Michael Jackson menamakan Diana Ross sebagai bakal penjaga anaknya.
Dalam pada itu, wasiat berkenaan juga tidak meninggalkan apa-apa untuk Debbie Rowe, ibu dua anaknya.
Perkembangan terbaru semalam juga membayangkan ikon pop berkenaan mungkin dikebumi berhampiran kubur neneknya di Los Angeles selepas rancangan untuk mengebumikannya di Neverland, menghadapi masalah.
Michael, 50, memilih penyanyi pujaannya, Diana, 65, sebagai penjaga anaknya jika ibunya Katherine mati sebelumnya atau tidak berupaya untuk menjaga ketiga-tiga kanak-kanak itu.
Katherine, 79, sebelum ini mendapat hak penjagaan sementara Prince Michael, 12, Paris, 11 dan Prince Michael 11 yang juga dikenali sebagai Blanket, tujuh, selepas anaknya mati Khamis lalu.
Surat wasiat lima muka surat itu difailkan di mahkamah Los Angeles semalam.
Ia menganggarkan nilai harta peninggalan Michael berjumlah lebih RM1.75 bilion.
Ikon pop itu dikatakan sengaja tidak memasukkan nama Debbie dalam surat wasiat berkenaan.
Dokumen itu berbunyi: “Jika anak saya masih kecil ketika saya mati, saya menamakan ibu saya, Katherine Jackson sebagai penjaga mereka dan estet mereka.
“Jika Katherine Jackson memati lebih dulu daripada saya atau tidak berupaya atau tidak sanggup bertindak sebagai penjaga, saya menamakan Diana Ross sebagai penjaga mereka dan estet mereka.”
Diana memainkan peranan penting dalam pelancaran karier Michael.
Surat wasiat itu yang ditulis pada 7 Julai 2002, juga meninggalkan hartanya kepada Tabung Amanah Keluarga Jackson dan badan kebajikan. – AFP















Comments»
No comments yet — be the first.