jump to navigation

PAS menamakan Mohd Fauzi Abdullah sebagai calon DUN N41 Manek Urai June 27, 2009

Posted by nikmj in General, N41 Manek Urai Kelantan, National, Tuan Guru Niik Aziz Nik Mat, buletinonline, harakahdaily, islam, malaysiakini, news.
Tags: , , ,
trackback

Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai Mohd Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengumuman tersebut di buat Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat dihadapan lebih 30,000 ahli dan penyokong PAS di padang Sekolah Kebangsaan Manek urai Lama disini semalam

Laungan takbir bergema sebaik sahaja nama Fauzi, 50, seorang pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai, juga adalah Ahli Majlis Daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991, diumumkan.

Beliau adalah ahli majlis daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991 sehingga kini, pekerjaan dia pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai sejak tahun 1982,

”mempunyai seorang isteri bernama Aminah bt Mahmud, lima orang anak, empat perempuan dan satu lelaki,
”beliau merupakan anak keenam, seorang yang warak, berserban sejak muda lagi, itu dia sifat dia…. Nama nak tahu jugok ?…. nama dia Mohd Fauzi Abdullah,”kata Tok Guru Nik Aziz.

Turut hadir dan berucap dalam majlis semalam adalah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution dan Penasihat DAP Lim Kit Siang

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.

Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi. 

Comments»

No comments yet — be the first.


  • Spam Blocked

  • Recent Comments

    upsetwittis on Altantuya : Jejak Bala, Nazim …
    upsetwittis on Altantuya : Jejak Bala, Nazim …
    Pencinta Kedamaian on Who is Manohara Odelia Pinot? …
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    Parbawati on Bajingan INdon memang patut…
    STP on Isu disebalik demonstrasi…
    tan sri kadok on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    zek on Komen Chedet pasal kes liwat…
    gong on Komen Chedet pasal kes liwat…
    mail on New Perodua MPV photos
    Ok Lah on Isu royalti minyak Kelantan : …
    Rivelino Carter Moin… on Mahkamah lepaskan RPK