jump to navigation

Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ sambut Rosmah Mansor di UM June 26, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Universiti Malaya (UM) kemarin gempar apabila kehadiran Wanita Pertama Malaysia, Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor disambut dengan contengan protes terhadap peribadi beliau pagi semalam 24hb Jun.

Contengan pada dinding Akademi Pengajian Islam universiti tersebut yang tertulis ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’

 (seperti di dalam gambar selepas dipadamkan dengan cat) dipercayai bermotifkan protes terhadap isteri Perdana Menteri Malaysia tersebut.

Rosmah Mansor yang datang ke universiti tersebut bagi merasmikan Majlis Peramian ‘Gaza Di Bela’

anjuran badan antarabangsa,  Power of 10 Sen walaubagaimanapun dipercayai tidak menyedari kejadian tersebut.

conteng2Contengan tersebut telah dipadamkan oleh Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB), Universiti Malaya menggunakan cat sejurus selepas berita tersebut tersebar.

Media diberitahu, laluan rasmi tokoh tersebut teleh ditukar kepada laluan lain bagi mengelakkan ternampak contengan provokatif tersebut.

conteng1

Terdahulu, Wanita Pertama Malaysia tersebut sebelum ini telah digembar-gemburkan di internet melalui laman videoYouTube menggunakan perkhidmatan bomoh dan pawang bagi menguasai kabinet kerajaan Malaysia, dan tingkah-laku suami beliau Dato’

Seri Najib Tun Razak khasnya.-sumberum-today

Comments»

1. mactoksei - June 26, 2009

nampaknya pemikiran mahasiswa um tidak kaku kerana berani membuat protes contengan didinding. tabik spring.

2. nikmj - June 26, 2009

JKKK akui kesahihan personaliti video Rosmah Puaka

Terdapat beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) asal Rosmah Mansor yang tidak bersetuju dengan paparan negatif terhadap wanita pertama itu.

Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau dan semua 11 anggota jawatankuasanya telah menonton klip video tersebut.

Tambahnya, mereka yang tidak berpuas hati dengan video tersebut berhujah wawancara yang memuatkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya “memburuk-burukkan kampung mereka sahaja.”

“Sepatutnya kita rasa bangga, orang kampung kita jadi orang besar,” kata Abu Hassan lagi, yang juga tidak senang dengan video tersebut, ketika dihubungi melalui telefon.

Malaysiakini semalam melaporkan sejak dua minggu lalu tiga klip video berupa dokumentari pendek disebarkan di internet yang memberikan gambaran negatif dan label liar “perempuan puaka” terhadap Rosmah.

Mengesahkan kesahihan semua individu utama yang ditemubual dalam tiga klip video itu, beliau berkata Rosmanuddin Mansor memang seorang adik angkat Rosmah dan sejak dulu wujud “riak-riak mereka berdua tidak sefahaman.”

Abu Hassan menambah, rumahnya dengan rumah orang tua Rosmah – yang masih didiami seorang pembantu – kira-kira 100 meter.

Beliau tidak mengenali dengan dekat isteri Najib itu kerana sejak berpindah ke Gedong Lalang 50, Batu 5 Jalan Kuala Pilah, Rosmah sudah bekerja.

Beliau juga mengesahkan mengenali Che Mah Abdul Hadi, balu bekas Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali yang dikatakan jiran Rosmah dalam video tersebut.

Anaknya Ikmal Hisham, yang bekerja sendiri, kini tinggal bersama Che Mah sejak berpisah dengan isterinya, kata Abu Hassan lagi.

Source : http://malaysiakini.com/news/107292

3. nikmj - June 27, 2009

Rosmah dan Najib kahwin dirumah saya

Seperti kenyataan dalam video, Che Mah Abdul Hadi hari ini mengakui Rosmah Mansor berkahwin dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Gedong Lalang, Seremban.

Wanita pertama negara itu melangsungkan perkahwinan menjelang tokoh politik itu bertanding ketua Pemuda Umno, kata isteri bekas speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dalam video tersebut.

Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui telefon, Che Mah (foto, bawah) berkata beliau sudah lupa tarikh tepatnya.

“Tetapi dia (Rosmah) sudah tidak kenal saya, walaupun berkahwin di rumah saya,” katanya lagi, mengulangi dakwaan dalam klip video sewaktu diwawancara.

Pihak yang menembualnya dan penerbit video tersebut, yang kini mendapat sambutan hangat di internet, tidak dapat dipastikan.

“Kenapa kamu tidak percaya, Rosmah kahwin di rumah saya,” katanya ketika diminta mengesahkan dakwaannya itu.

Che Mah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kepada Malaysiakini dengan alasan “tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali”.

Hasil perkahwinan Rosmah dan Najib, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nooryana Najwa, 20, dan Norashman Razak, 18.

Malaysiakini semalam melaporkan sejak dua minggu lalu tiga klip video berupa dokumentari pendek disebarkan di internet yang memberikan gambaran negatif dan label liar “perempuan puaka” terhadap Rosmah.

Sementara itu Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid juga mengesahkan mengenali Che Mah, jiran ibu bapa Rosmah.

Ikmal Hisham, anak Che Mah yang bekerja sendiri dan senang bergaul dengan anak muda kampung tersebut kini tinggal bersamanya, kata Abu Hassan lagi.

Ikmal (foto, atas) antara sumber utama yang ditonjolkan dalam video tersebut – didakwa pernah tinggal dengan Rosmah dan memanggilnya dengan nama kekeluargaan “Kak Ros”.

Abu Hassan, yang juga ketua kampung itu menambah, Che Mah suatu ketika dahulu pernah menjadi ahli jawatankuasa tersebut.

Beliau tidak menyatakan tarikhnya.

“Saya selalu juga pergi ke rumahnya, dia sendiri bercampur dengan orang kampung,” tambahnya.

Katanya, Che Mah dan Rosmah tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan, cuma hubungan kejiranan kerana rumah mereka selang dua buah rumah.

Menurut klip video ketiga, hubungan Che Mah dengan Rosmah pernah akrab sebagai “keluarga angkat” dan bertanggungjawab memperkenalkan bomoh kepada isteri Najib.

Dalam temubual itu, Che Mah menceritakan saat-saat awal persiapan pernikahan Najib-Rosmah yang hanya membabitkan “14 hingga 15 orang” sehingga suaminya Ariffin memanggil lagi ahli-ahli Umno menjadikan 80 hadirin semuanya.

Sementara Ikmal pula meluahkan rasa marahnya atas alasan Rosmah tidak lagi mengenang budi ibunya sekeluarga berhubung perkahwinannya.

Source : http://malaysiakini.com/news/107318

4. anonymous - June 28, 2009

betul la tu…ape yg dorang ckpkn dlm video tu…abih tu,klu x,korg tau asal usul sebenar rosmah tu…???!!!

5. anonymous - June 28, 2009

klu x caya,bek korg tengok video:akak pink(rosmah mansor)

6. alyah - June 28, 2009

jgn lak nk tuduh2 rosmah…klu seme org x tau,ko tau ke anonymous???????

7. noraini johan - June 30, 2009

Betul lah cerita dalam video itu, tak mungkin tipu, dah terang terang mereka cerita hal dia. Rumours pun sama dengan cerita video ni. Tenguk saja hari hari dalam paper mesti ada cerita dia, so that proved.

8. noraini johan - June 30, 2009

Betul lah cerita dalam video itu, tak mungkin tipu, dah terang terang mereka cerita hal dia. Rumours pun sama dengan cerita video ni. Tenguk saja hari hari dalam paper mesti ada cerita dia, so that is proved.

9. nikmj - June 30, 2009

‘Puaka’ hantui dua siswa UM
Jun 30, 09 10:33am
Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan “C4″, “puaka” dan “Altantuya” di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma bagi anak-anak Palestin.

Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan keesokan harinya.

Difahamkan kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam – yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields – belum dibebaskan, setakat semalam.

Menurut satu laman web UM Today, polis terus menggeledah beberapa rumah siswa universiti tersebut dalam usaha menjejak tiga lagi pelajar.

Rumah seorang exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh turut “digeledah polis empat kali sejak tiga hari lalu”.

Laman web tersebut juga menyebut, kenalan Mohd Aizat yang enggan dikenali memaklumkan bahawa polis telah membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin ketika menggeledah masuk rumah tersebut pagi semalam.

10. mama - February 22, 2011

rosmah puaka,,gulingkan pm negara

11. jam - May 29, 2011

laatar belakang pemimpin kita ni dah tak betul dah sahih lah tak bagus nak pimpin masyarakat…..jahanam semua

12. kumpulan anti kucing - August 30, 2011

suruh polis siasat sama ada cerita rosmah itu betul atau tak??? jika betul semua rakyat tak nak pemimpin pembunuh…

13. kumpulan anjing - August 30, 2011

suruh polis siasat sama ada cerita rosmah itu betul atau tak??? jika betul semua rakyat tak nak pemimpin pembunuh…

14. semut - April 26, 2013

kalau suruh siasat pun , mesti rosmah bayar polis2 tu , supaya benda tu jadi tak betul ye idok ? klte tunggu je lah yah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: