jump to navigation

Mufti India fatwakan Shah Rukh Khan murtad June 25, 2009

Posted by nikmj in Entertainment, General, islam, National, news.
Tags: , , ,
trackback

Shahrukh Khan

Datuk yang menerima gelarannya dari kerajaan negeri Melaka ini difatwakan murtad!

Sebuah madrasah agama Islam di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khank kerana kenyataannya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Sebelumnya Shahrukh Khan yang banyak digilai para peminat wanita ini dalam sebuah wawancara di sebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berpengaruh sepanjang sejarah dunia, malah tidak setanding dengan populariti Adolf Hitler dan Winston Churchill.

“Seseorang yang membuat ucapan seperti Shahkhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam,” kata fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari Madraasah Darul Ulum Mazharil Islam., India. 

“Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuat komentar seperti itu harus mempertanggung jawabkan kenyataanya dengan dibunuh. Pernikahan Shahrukh Khan juga tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal dan jatuh kafir serta dia tidak boleh dikebumikan dalam tanah perkuburan kaum Muslimin. Orang seperti itu harus segara bertaubat dan meminta maaf untuk kembali ke dalam Islam,” kata fatwa tersebut.

Shahrukh Khan dengan tegas menolak komen yang diberikannya di majalah itu dengan menyatakan majalah tersebut tersalah tulis apa yang diucapkannya.

Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristeri seorang penganut agama Hindu. (Tranungkite)

Comments»

1. nikmj - June 26, 2009

Ulamak bangkit membela Shah Rukh atas salah lapor isu Nabi

DATO Shah Rukh Khan yang selalu dihambat kontroversi sekali lagi terheret ke lembah yang sama apabila kata-katanya tentang Nabi Muhammad SAW telah disalah tafsir dan dicetak sedemikian rupa oleh sebuah majalah “Time’n Style Luxury.” Menurut aktor berlesung pipit itu, dia telah disalah petik oleh wartawan yang menemuramahnya.

Masalah salahfaham tentang isu ‘menghina’ Nabi itu menjadi begitu serius hingga sebuah laporan polis dibuat di Stesen Polis Bandra oleh beberapa pihak yang tidak puas hati. Pihak Mumbai Aman Committe juga telah membuat laporan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan dalam majalah itu.

Pejuang-pejuang Islam dan fundamentalis agama di bandar Mumbai juga tidak dapat memaafkan ‘kesilapan’ Shah Rukh kali ini dan bangkit memprotes apa yang dihamburkan oleh Shah Rukh dalam majalah tersebut.

Desakan demi desakan supaya dikenakan tindakan ke atas bintang terlaris Bollywood ini semakin memuncak hinggakan mengheret tokoh-tokoh agama, ulamak serta mufti-mufti yang warak tentang hukum agama untuk mengeluarkan fatwa mereka.

Antara tokoh agama yang terpaksa memberi kenyataan ialah Maulana Shahbuddin dari Markazi Darul Ifta, Ashraf Usmani dari Darul-Uloom Deoband dan Mufti terkenal bernama Maulana Yaseen Misbahi. Merek terus-terusan didesak untuk keluarkan fatwa terhadap apa yang dinyatakan oleh Shah Rukh Khan itu.

Mujurlah, kesemua tokoh agama itu mempertahankan Shah Rukh dan membuat kenyataan balas bahawa “apa yang tercetak dalam majalah itu hanyalah satu salah faham. Kita tidak perlu keluarkan fatwa atas satu kenyatan media yang salah. Jadi soal keluarkan fatwa tidak timbul sama sekali.”

Bagi menamatkan kontroversi yang sedang meruncing dari berlanjutan, Shah Rukh telah meminta sidang redaksi majalah itu membuat klarifikasi dengan segera untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Pihak majalah telah cepat-cepat mengeluarkan satu kenyataan bagi meredakan suasana panas dari terus bergolak akibat dari salah lapor majalah itu.

Dato Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka. – foto THE STAR
Perenggan dalam artikel itu sepatutnya berbunyi begini dan bukan seperti yang tercetak….” kata kenyataan majalah itu.

“Siapakah yang anda anggap tokoh paling impresif dalam sejarah?

“Ramai sekali, tapi ada di antara mereka agak negatif imej mereka seperti Hitler, Napoleon dan Winston Churchill dan mereka ini adalah tokoh sejarah. Kemudian ada Nabi Muhammad dan yang terkini Nelson Mandela. Ada juga yang ‘agak baik’ seperti Gandhiji dan Mother Teresa.’”

Orang yang paling risau sekali di tengah kehangatan kontroversi ini ialah pengarah Karan Johar. Ini adalah kerana dia sedang sibuk menghabiskan filem yang ada unsur Islam iaitu ‘My Name is Khan’ yang turut dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol. Kontroversi ini menyebabkan Karan terpaksa membuat kajian semula tentang subjek Islam yang cuba diterokanya.

Inilah pertama kali Karan cuba lari dari subjek kebiasaannya tema cinta dan mencuba sesuatu yang lebih serius seperti subjek Islam. Walaupun Karan cuba meyakinkan semua orang yang ‘My name Is Khan’ adalah berkisarkan tentang tema kemanusiaan sejagat dan tidak ada kena mengena dengan isu politik, kini dia juga agak was-was samada pilihannya itu selamat atau tidak.

Kini apa yang memening dan menggusarkan Karan ialah bagaimana dia akan berhadapan dengan fundamentalis Islam seandainya mereka merasakan filemnya ‘My Name Is Khan’ itu tidak kena dengan selera mereka dan bersifat sensitif sedangkan pelaburan mengeluarkan filem ini sudahpun menelan berjuta ringgit kerana penggambaran filem ini banyak dilakukan di luar negara India seperti di Amerika.

Source : http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/6/26/mstar_hiburan/20090626072613&sec=mstar_hiburan

2. mokzaini - August 25, 2012

Shah Rukh Khan is islam !


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: