jump to navigation

Blogger Raja Bahrain hina Raja Perempuan Kelantan – Malaysiakini April 20, 2009

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news.
Tags: , , , ,
trackback

Nampaknya ada seorang blogger baru yang mengenalkan dirinya RAJA BAHRAIN telah membuat satu blog yang menghina Kesultanan Kelantan dengan menamakan blognya sebagai KELANTAN PALACE.

Blog yang baru dibuat sekitar April 2009 ini menceritakan/memfitnah Raja Perempuan Kelantan secara terang-terangan. Berikut adalah ‘snap pics’ dari blog tersebut.

kp2

kp1

Diharap pihak yang berwajib seperti MCMC dapat mengambil tindakan tegas yang segera keatas mereka yang terbabit menghina Kesultanan Melayu secara online. 

Jika pihak berkuasa dapat mengambil tindakan keatas Malaysia Today dan mereka yang memberi komen menghina Sultan Perak tempoh hari, diharap blog KELANTAN PALACE ini juga dikenakan tindakan serupa agar nama baik bloggers akan terjaga.

Comments»

1. nikmj - April 22, 2009

Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan juga pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.

Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.

“Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya,” wanita itu dipetik sebagai berkata.

Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi.

“Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan),” wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta.

Sebelum kejadian itu, beliau benar-benar menyangka menantunya sudah berubah.

“Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik,” katanya lagi.

Daisy menambah, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.

Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi.

Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan.

Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini.

Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula.

Manohara Odelia – yang pernah tersenarai “100 Pesona Indonesia” – lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.

Model itu berkahwin tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.

Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan.

Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya datang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.

Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, waktu itu timbalan perdana menteri, lapor Surya lagi.

Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun dipercayai satu program rasmi Najib ketika mengunjungi Indonesia pada bulan tersebut.

Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu “baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya.”

“Saya sudah menganggap Tengku anak saya,” Daisy dilaporkan berkata.

Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah.

Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan “permintaan istana Kelantan.”

Beliau kemudiannya mendapatkan bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia.

“Rasanya saya ingin mati mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya.

“Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya,” Daisy dipetik berkata sambil berlinangan air mata dalam satu sidang media di sebuah restoran di Jakarta Selatan.

Manohara Odelia mewarisi darah kacukan Perancis daripada bapanya Reiner Pinot Noack.

Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga Manohara Odelia.

Jurucakap ibu pejabat polis, Abubakar Nataprawira berkata sampai saat ini belum mendapatkan laporan daripada keluarganya.

“Katanya (keluarga) sudah lapor, tapi belum ada laporannya,” beliau dipetik berkata, sambil menambah kes tersebut diketahuinya daripada wartawan.

Tambahnya, apabila sudah dilaporkan, siasatan lanjut akan dibuat.

Source : http://malaysiakini.com/news/102808

2. Raj - April 25, 2009

poor girl..
I hope she’s fine

and poor Kelantan ppl
to have such troublesome family rule Kelantan kingdom

3. Artistainer - April 28, 2009

Arrogant family cause have a powerfull.
King is not a God, I think.
King or prince can be a profesional liar, he just human like us.
Should we trust all of a time till the end of the world ?

4. Chicie - April 28, 2009

Poor you wowan

I wish the govt should do something to Raja Bahrain to clarify issue

5. Diablo perez - April 28, 2009

we wish soon ev’thing’s gonna be fine, my sister! don’t give up!!!

6. penulis_cyber - May 6, 2009

fitnah utk burukkan nama Sultanah Kelantan…

7. danny - June 1, 2009

ur governmnet able to control ur media
the whole world know that,except u

in indonesia no one can control the media

8. nik joe - November 11, 2009

sorry some parties have evidence on certain issues here. just wait and see

9. mamat bukit marak - May 9, 2010

memang Raja Perempuan kelantan JAHAT…aku org kelantan aku tau la..

10. Cik Siti Wan Kembung - November 27, 2010

Aku setuju dengan Mamat Bukit Marak. Aku pun orang Kelantan, aku memang tahu benda ni. Habis bisnes rakyat dia ambik bagi dekat kroni2 dia. Macam2 tempat, bangunan, taman, letak nama dia. Dah lama perempuan ni berleluasa. Kalau korang rasa Kak Ros tu teruk, bagi aku dia ni mak kepada teruk. Keep it up Raja Bahrain. Not many have a pair like yours.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: