jump to navigation

Kenapa BN takut dengan ceramah Anwar? – Malaysiakini March 25, 2009

Posted by nikmj in By election, DUN Bukit Selembau kedah, General, National, Parlimen Bukit Gantang, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Sudah dua malam berturut-turut DSAI dihalang dari memberi ceramah. Jika malam sebelumnya diBukit Selambau, FRU dan polis menghalau rakyat dari mendengar ucapan dari Ketua Pembangkang, semalam hal yang sama berlaku diBukit Gantang. 

Difahkamkan juga, kira-kira 300 anggota polis dikerah di kawasan ceramah berkenaan dimana terdapat lebih 5000 orang awam yang sedang menunggu ceramah Anwar.

Anwar terpaksa membatalkan ceramah berkenaan sejurus tiba di kawasan berkenaan manakala tiga penceramah lain, Calon Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin; Naib Presiden KeADILan Dr Lee Boon Chai dan Adun Hutan Melintang, S Kasavan sempat memberi ucapan.

Yang peliknya kenapa hanya DSAI sahaja yang dihalang? Contohnya diBukit Selambau ceramah telah diadakan selama 4 malam berturut-turut tanpa halangan dari pihak berkuasa, hinggakan FRU sendiri turut menghadiri mendengar ceramah dari para pemimpin parti pembangkang yang lain.

Namun bila tiba kemuncak kehadiran DSAI untuk memberi sepatah dua kata, tiba-tiba FRU dan polis mendapat arahan dari orang atasan agar menyerang kira-kira 10,000 orang awam termasuk warga tua dan kanak-kanak.

Kenapakah orang atasan ini begitu takut dengan ceramah Anwar? Jika apa yang hendak dikatakan Anwar itu diklasifikasikan menghasut, kenapa tidak didakwa sahaja DSAI dibawah Akta Hasutan? Jika tidak kenapa mesti dihalang hasrat rakyat mahu mendengar sisipan dari pemimpin tersayang mereka. Rakyat juga berhak mendengar kedua-dua pihak, baik BN ataupun PR sebelum boleh membuat pilihan yang tepat dalam pilihanraya nanti.

Dahla surat khabar Harakah dan Suara Keadilan diharamkan (tak pula disebut botak artikel apa yang disalah terbit???), berceramah tak boleh, TV dan radio semua pro BN, apakah KERAjaan BN ingat semua rakyat boleh diperbodohkan sedemikian rupa?

Bak kata pepatah Melayu, Berani kerana Benar, Takut kerana Salah. Jika dilihat situasi sekarang, nampaknya BN memang sangat besar kesalahannya.

Comments»

1. qas - March 31, 2009

nak halang rakyat dengar yg benar….apasal burok benar perangai UMNO nih
sebijik clone mugabe
third worls mentality

2. iLOVEspeed - March 31, 2009

UMNO and its followers KEBANYAKANNYA memang terdiri dr kalangan orang2 yang langsung tak cerdik.

tak pyah tgk jauh2. tengok perhimpunan de pun kite da nampak kebodohan mereka.
(pilih orang yang PALING SESUAI untuk ketua pemuda – tak bodoh ker pilihan diorang tuh?)

ape lg bile dorang halang gerakan para pembangkang.

obviously, kebodohan mereka mmg mereka tak malu nak tunjuk!



  • Spam Blocked

  • Recent Comments

    miura anita on Who is Manohara Odelia Pinot? …
    upsetwittis on Altantuya : Jejak Bala, Nazim …
    upsetwittis on Altantuya : Jejak Bala, Nazim …
    Pencinta Kedamaian on Who is Manohara Odelia Pinot? …
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    Parbawati on Bajingan INdon memang patut…
    STP on Isu disebalik demonstrasi…
    tan sri kadok on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    zek on Komen Chedet pasal kes liwat…
    gong on Komen Chedet pasal kes liwat…
    mail on New Perodua MPV photos
    Ok Lah on Isu royalti minyak Kelantan : …