jump to navigation

Pakatan Rakyat kemuka Bajet Alternatif October 24, 2008

Posted by nikmj in National, Politics, harakahdaily, malaysiakini, news.
Tags: , , , ,
trackback

 

Pakatan Rakyat semalam telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Rakyat ketika ahli-ahli Parlimen masih lagi meneruskan perbahasan Bajet 2009 yang telah dibentangkan pada 29 Ogos lalu.   


 
 
   

Cadangan tersebut dikemukan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan faktor lain terhadap Malaysia.

Dalam satu taklimat khas yang diadakan di Parlimen pagi semalam, Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan beberapa cadangan untuk mengemudi negara bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global yang dijangka berpanjangan hingga ke tahun 2009.

“Kepimpinan negara seolah-olah tidak mempunyai arah tuju dan seperti tidak menyedari kemunculan cabaran dalam bentuk inflasi, peningkatan pengangguran dan pengucupan kemasukan dana asing,” kata Anwar.

Yang lebih menakutkan, kata Anwar, sikap tidak mahu mengakui ramalan kemuraman ekonomi oleh pemimpin kerajaan.

Beliau menjelaskan kebanyakan negara maju yang menjadi rakan niaga Malaysia sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terburuk semenjak dari seteangah abad yang lalu.

“Tapi pemimpin BN masih belum atau tidak langsung membuat kenyataan atau merangka polisi yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap realiti ini,” kata beliau.

Anwar turut menjelaskan terdapat keperluan mendesak bagi ahli-ahli Dewan dari kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar fikiran bagi merangka bajet yang lebih dipercayai serta rancangan yang lebih bertanggungjawab untuk mengurus dan membelanjakan perbendaharaan negara.

“Pakatan Rakyat percaya kepada proses demokrasi dan berpegang teguh dengan janji kami kepada rakyat Malaysia,” tegas Anwar.

Selain beliau, taklimat khas tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad.

Selain itu wakil dari KeADILan terdiri dari Naib Presidennya, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, Pengarah Strategiknya, Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Wakil DAP pula terdiri dari Penasihatnya, Lim Kit Siang dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. _

Comments»

1. pipitbanda - October 25, 2008

1 . Tidak kisah siapa yang memerintah atau parti apa yang memerintah Malaysia semua adalah sama. Janji dapat hidup dan makan. Kalau minta lebih atau minta tolong siapa-aiapa pun jawapan adalah sama. A HUMAN IS ALWAYS A HUMAN.

2 . Muak dah dengan senerio politik Malaysia . Pemimpin bercakar sesama sendiri lansung tiada masa untuk menolong rakyat. Macam mana mahu memajukan Negara dan bangsa.

Anyway ,i wish Parti Pembangkang and Parti Kerjaan work together to make a better Malaysia .

2. pipitbanda - October 25, 2008

1 . Tidak kisah siapa yang memerintah atau parti apa yang memerintah Malaysia semua adalah sama. Janji dapat hidup dan makan. Kalau minta lebih atau minta tolong siapa-siapa pun jawapan adalah sama. A HUMAN IS ALWAYS A HUMAN.

2 . Muak dah dengan senerio politik Malaysia . Pemimpin bercakar sesama sendiri lansung tiada masa untuk menolong rakyat. Macam mana mahu memajukan Negara dan bangsa.

Anyway ,i wish Parti Pembangkang and Parti Kerjaan work together to make a better Malaysia .



  • Spam Blocked

  • Recent Comments

    miura anita on Who is Manohara Odelia Pinot? …
    upsetwittis on Altantuya : Jejak Bala, Nazim …
    upsetwittis on Altantuya : Jejak Bala, Nazim …
    Pencinta Kedamaian on Who is Manohara Odelia Pinot? …
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    Parbawati on Bajingan INdon memang patut…
    STP on Isu disebalik demonstrasi…
    tan sri kadok on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    zek on Komen Chedet pasal kes liwat…
    gong on Komen Chedet pasal kes liwat…
    mail on New Perodua MPV photos
    Ok Lah on Isu royalti minyak Kelantan : …