jump to navigation

UMNO tangguh pemilihan parti ke Mac 2009 September 26, 2008

Posted by nikmj in National, malaysiakini, news.
Tags: , , , , ,
trackback

Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember kepada Mac tahun depan.

Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.

Pemilihan pucuk pimpinan Umno sebelum ini dijadualkan pada 16hingga 21 Disember depan.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan Umno bahagian akan diteruskan seperti yang dijadualkan mulai 9 Oktober hingga 9 November depan.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga berkata, belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan presiden.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membuat keputusan mengenainya sebelum mesyuarat bahagian bermula bulan depan.

Abdullah memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar MT selama sejam di ibupejabat Umno pagi tadi.

Sebelum itu, Abdullah mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum mesyuarat MT bermula kira-kira jam 11 pagi tadi.

Untuk seterusnya, klik pautan ini

Comments»

1. Pak ulong - September 26, 2008

Penangguhan pemilihan bukan jalan penyelesaian untuk mengukuhkan UMNO. Apa yang harus dilakukan ialah perletakan jawatan oleh semua barisan MKT, Wanita, Pemuda dan Putri. Dengan itu maka saya percaya UMNO akan kembali bertapak di hati orang melayu. Kalau barisan yang sedia ada juga memegang tampuk pemerintahan maka lama kelamaan UMNO akan tinggal nama dan akan berkubur bergitu sahaja. Berilah peluang pada mereka mereka yang merupakan pelapis muda untuk menerajui pucuk pimpinan UMNO. Yang dah lama tu bawalah berehat dan membuat amal pada Yang Maha Esa.



  • Spam Blocked

  • Recent Comments

    miura anita on Who is Manohara Odelia Pinot? …
    upsetwittis on Altantuya : Jejak Bala, Nazim …
    upsetwittis on Altantuya : Jejak Bala, Nazim …
    Pencinta Kedamaian on Who is Manohara Odelia Pinot? …
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    izzuddin on Strategi kejayaan dan kek…
    Parbawati on Bajingan INdon memang patut…
    STP on Isu disebalik demonstrasi…
    tan sri kadok on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    zek on Komen Chedet pasal kes liwat…
    gong on Komen Chedet pasal kes liwat…
    mail on New Perodua MPV photos
    Ok Lah on Isu royalti minyak Kelantan : …