jump to navigation

Kes liwat dan logo kepala anjing August 8, 2008

Posted by nikmj in General, National, Politics, news.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Rata-rata pemimpin luar yang pro demokrasi menyelar tindakan pihak berkuasa diMalaysia keatas pemimpin pembangkang berjiwa rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terkini didalam The Financial Times bekas ketua hakim mahkamah agung USA, Sarah O’connor dan bekas Presiden Indonesia AbdulRahman Wahid yang terkenal dengan panggilan Gus Dur turut menyatakan pendirian mereka.

Keduanya menyebut sebagai berkata, mempertahankan Anwar Ibrahim sebenarnya mempertahankan demokrasi diMalaysia. Jika menerima kenyataan Sarah mungkin dianggap pro Yahudi, tetapi bagaimana pula dengan Gus Dur? Adakah salah pro Islam?

Terkini sebagaimana dipetik dari Malaysiakini kenyataan KPN,

“Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata tindakan meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman blog ‘Penarik Beca’ adalah satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis.

Bercakap kepada pemberita di ibunegara hari ini, Musa berkata polis yang memandang serius cubaan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencemar imej dan kredibiliti pasukan itu.”

Logo PDRMIni adalah logo PDRM yang sebenar

Penulis blog “Penarik Beca” itu ditahan di rumahnya pada pukul 10 malam Selasa lepas di Taman Koperasi Polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, demikian menurut laporan Bernama.

Penulis itu, yang juga dikenali Bakar Haq, kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Abu Bakar yang ditahan reman semalam, akan dibebaskan petang ini pukul 4pm menurut isterinya.

Jika diteliti penulisan penarikbeca, maksud penggunaan logo tersebut ditujukan kepada polis yang tidak telus. Sebaiknya KPN lebih berusaha memperhebatkan dan meninggikan mutu perkhidmatan polis agar menjadi lebih telus dan lebih dihormati rakyat. Saya rasa jika KPN berfikiran panjang tidak sepatutnya tindakan diambil keatas penarikbeca. Ini adalah kerana logo itu terdapat dimerata blog, dan yang pasti blog penarikbeca bukanlah yang pertama menyiarkannya. Tambahan lagi tindakan sebegini akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat dan seolah-olah mengiakan tohmahan rakyat terhadap kualiti perkhidmatan polis.

Comments»

1. geng 606 - May 28, 2009

x da gambar lain ke letak…bodoh punya orang sapa yg buat nie



  • Spam Blocked

  • Recent Comments

    pemerhati on Katak pertama Selangor mula na…
    katak on Katak pertama Selangor mula na…
    upin ipin on New Perodua MPV photos
    AlongSafa on New Perodua MPV photos
    Jannah on Malaysiakini on Isu fatwa peng…
    nikmj on Ikhlaskah pemberian wang ehsan…
    MsJessy on Poligami : Pro Barat atau Isla…
    Arishka,Pekan ,Pahan… on Rosmah Mansur biography …
    nikmj on Cadangan dianugerah ADUN kahwi…
    Mai on Sekitar AJL 2009 – …
    we dasan on Katak pertama Selangor mula na…
    name saya cary on Katak pertama Selangor mula na…
    Abang Lembut on Katak pertama Selangor mula na…
    Sidang DUN PERAK 28/… on Live scenes from Perak SA sitt…
    i luv 1 malaysia on Rakyat telah terima, UMNO tak …