jump to navigation

Pemimpin Islam Hadhari berpimpin August 5, 2008

Posted by nikmj in General, National, news.
Tags: , , , , ,
trackback

Nampaknya para pemimpin Islam Hadhari masih tidak sedar diri. Walaupun pernah dihentam berkali-kali tentang tahap pergaulan lelaki dan perempuan, namun mereka masih tidak serik untuk menjadi contoh tauladan kepada rakyat.
Terkini, semalam semasa menuruni tangga selepas mesyuarat UMNO, Pak Lah dengan selamba memimpin ketua wanita Rafidah menuruni tangga didepan isterinya Jeane. Mungkin beliau berniat baik, namun sebagai pemimpin Islam Hadhari persoalannya adakah patut beliau berbuat demikian? Jika rafidah benar-bebar sakit lutut sekalipun, takkanlah isterinya Jeane tak boleh memimpin. Lainlah jika mereka hanya rakyat jelata biasa yang bukan menjadi ‘public figure’. Entahlah … apa boleh buat … Malaysia boleh!!!

RAFIDAH DIPIMPIN… Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (dua, kanan) memimpin tangan Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz yang sakit lutut semasa menuruni tangga selepas menghadiri persidangan Wanita Bersama Pemimpin anjuran Pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah (tengah), Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

 

 

Comments»

1. zaki - August 20, 2008

asalamualaikum.. pendapat saya agar islam hadari ini didiamkan supaya ia tidak dianggap wujud dan sudah tamat tempoh kempen slogannya. dan naikkan balik imej islam yg dibawa oleh rasulullah . Islam hadari menimbulkan kekeliruaan, apabila seorang pemimpin melancarkan seuatu slogan yg baru cthnya, bersih cekap dan amanah ,tuntutan disebaliknya ialah pemimpin itu sendiri mesti menunjukkan contoh tauladan iaitu, ia mesti cekap, ia mesti bersih, ia mesti amanah, barulah slogan itu diterima dan diikuti oleh rakyat ,akan tetapi sekirannya seseorang pemimpin itu melancarkan islam hadari ( islam adalah perkara yg sangat suci) tetapi role model tidak diwujudkan ,seperti memeluk artis ,memegang tangan orang perempuan yg bukan muhram, atau isteri tidak menutup aurat ia bagaikan penghinaan bagi orang islam dan agama islam … ditambah dengan urus tadbir yg lemah dipengaruhi pula oleh orang lain dan orang lain pula yg membuat keputusan penting kerajaan , ia menjadikan sesuatu slogan itu menemplak balik kepada orang yg melancarkannya ..ihklas saya beritahu jangan bermimpilah islam hendak gemilang sekiranya otak masih terbelenggu dengan idealisme barat, yg akan tercerna ialah barat hadari bukan islam hadari .sekian



  • Spam Blocked

  • Recent Comments

    nikmj on Apa yang BN sembunyikan tentan…
    nikmj on Bukti Fakta Kelemahan PPSMI…
    nikmj on Michael Jackson “This is…
    nikmj on Michael Jackson “This is…
    nikmj on Michael Jackson “This is…
    nikmj on Michael Jackson “This is…
    nikmj on Michael Jackson “This is…
    farah on Siaran Langsung dari penamaan …
    nikmj on Apa yang BN sembunyikan tentan…
    Mr.Zorro Zz on UMNO lantik penderhaka jadi…
    Mr.Zorro Zz on UMNO lantik penderhaka jadi…
    Mr.Zorro Zz on UMNO lantik penderhaka jadi…
    Mr.Zorro Zz on UMNO lantik penderhaka jadi…
    barcelonareporter on Siapakah Muhyiddin Yassin…
    umialia on Gempar !!! Wanita mengandung k…