jump to navigation

Anwar menang debat dengan Shabery July 16, 2008

Posted by nikmj in Politics, malaysiakini, news.
Tags: , ,
trackback

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai “pemenang” debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.

Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.

Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.

Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.

Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.

Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.

Sementara itu dimstar online 88.7% mengatakan Anwar lagi hebat berbanding Shabery.

 

Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang tokoh pembangkang yang disiarkan secara langsung di TV.

Klik untuk mendapatkan transkrip penug debat Anwar dan Shabbery

Kerajaan BN sembunyi fakta rezab minyak negara 6 bilion tong

Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menjelaskan rizab minyak mentah negara berjumlah sebanyak 6 bilion tong dengan nisbah penggantian simpanan 1.8.

Menurut laporan tahunan Petronas 2007 negara mengeluarkan 700,000 tong minyak mentah sehari dengan lebihan penggunaan domestik hampir 200,000 tong sehari.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sedangkan Malaysia memiliki populasi seramai 25 juta orang, di mana nisbah jumlah penduduk dan keluaran minyak mentah negara tinggi jika dibanding dengan negara-negara pengeluar minyak lain.

�Mesir mempunyai populasi penduduk 82 juta orang dan mengeluarkan 688,000 tong sehari dan penggunaan domestiknya sebanyak 635,000 tong sehari.

�Namun begitu Mesir masih menjual harga runcit minyak pada kadar RM1.03 seliter. Turkmenistan pula mempunyai penduduk seramai 5 juta orang dan mengeluarkan minyak mentah sebanyak 196,000 tong sehari dan menjual harga runcit petrol RM0.25 seliter,� katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau mengulas kegagalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mempertahankan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada debat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

Husam berkata, menteri terbabit beberapa kali mengulangi hujah-hujah yang sama iaitu negara-negara pengeluar minyak yang menjual bahan bakar pada harga runcit yang rendah mengalami kadar inflasi tinggi.

Selain itu katanya Malaysia pengeluar minyak yang kecil dan Petronas memberi sebegitu tinggi pendapatan kepada kerajaan.

Oleh itu katanya, Shabery gagal menjelaskan sejak kerajaan menaikkan harga runcit bahan bakar pada 5 Jun lalu kadar inflasi negara sudah meningkat sebanyak 7 peratus.

Bagaimanapun menurutnya agak bertuah rakyat Venezuela dan Iran kerana kadar inflasi tinggi namun petrol dijual pada harga hanya RM0.16 dan RM1.33 seliter.

�Ini bermakna penduduk di kedua-dua negara itu menikmati harga runcit bahan bakar yang rendah dan harga barang yang didakwa tinggi, tetapi di Malaysia, rakyat terpaksa menanggung kedua-dua beban itu sekaligus.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, menteri berkenaan juga gagal mematahkan hujah Anwar berhubung wang negara yang boleh dijimatkan menerusi penyusunan semula kadar IPP dan kewangan negara.

Menurutnya menteri terbabit juga tidak mengambil kira kehilangan daya saing negara hasil kenaikan kos pengeluaran sehingga menyebabkan kilang-kilang menanggung beban yang tinggi.

Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat tidak pernah menafikan sumbangan Petronas begitu besar kepada hasil pendapatan negara.

�Strategi penurunan harga minyak Pakatan Rakyat tidak melibatkan desakan lebih banyak wang diambil dari Petronas.

Sementara itu di RANTAU PANJANG, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, nampak dengan jelas ketidakmatangan hujah Ahmad Shabery dalam debat bersama Anwar.

Menurutnya Menteri Penerangan hanya menggunakan peluang debat bagi menyerang mengenai hal peribadi Anwar sahaja dan bukan membentang fakta mengenai harga minyak.

Ketika ditemui di majlis pelancaran kempen kebersihan dan keceriaan bandar Rantau Panjang katanya, pemimpin Umno tidak mempunyai modal atau hujah yang secukup untuk menyakinkan rakyat.

“Tindakan menteri tersebut dalam keadaan yang tersempit dan kalau dah tersempit benda-benda lain pula diungkit,” ujar beliau.

Bagaimanapun beliau memuji langkah diambil Anwar yang tidak mengikut rentak pemimpin Umno kerana masa yang diberikan terbatas.

Comments»

1. Fayzal - December 3, 2008

minta anuar debat dgn Datuk Shabeery KENAPA sebagai seorang muslim beliau enggan bersumpah sedangkan org yg dituduh memfitnah beliau berani berbuat demikian?



  • Spam Blocked

  • Recent Comments

    pemerhati on Katak pertama Selangor mula na…
    katak on Katak pertama Selangor mula na…
    upin ipin on New Perodua MPV photos
    AlongSafa on New Perodua MPV photos
    Jannah on Malaysiakini on Isu fatwa peng…
    nikmj on Ikhlaskah pemberian wang ehsan…
    MsJessy on Poligami : Pro Barat atau Isla…
    Arishka,Pekan ,Pahan… on Rosmah Mansur biography …
    nikmj on Cadangan dianugerah ADUN kahwi…
    Mai on Sekitar AJL 2009 – …
    we dasan on Katak pertama Selangor mula na…
    name saya cary on Katak pertama Selangor mula na…
    Abang Lembut on Katak pertama Selangor mula na…
    Sidang DUN PERAK 28/… on Live scenes from Perak SA sitt…
    i luv 1 malaysia on Rakyat telah terima, UMNO tak …